Berubat menggunakan ayat suci Al-Quran merupakan satu hal biasa yang kita dengar. Namun, pernahkah anda melihat ayat Quran dijadikan ‘makanan’?

BERITA TRENDING: Masya-Allah, Lunaknya Suara PU Riz Mengaji Al-Quran!

Sepotong video yang memaparkan tindakan seorang individu melarutkan beberapa helai kertas yang dipercayai ditulis dengan ayat Al-Quran dalam gelas berisi air kosong mencuit perhatian netizen.

Menerusi video berkenaan, ayat Al-Quran tersebut dikeluarkan daripada pek bertulis Ruqyah Paper dan pada bahagian bawahnya pula tercetak informasi yang ia diperbuat daripada kertas yang boleh dimakan dan dicetak dengan pewarna makanan.

Hal ini secara tidak langsung membuatkan netizen memberi tanggapan bahawa ia merupakan proses untuk meminum air rendam daripada kertas berkenaan.

Meninjau ruangan komen di platform X, ramai yang agak terkejut dengan video berkenaan. Tidak kurang, ada juga yang berkata memang wujud amalan melarutkan ayat Al-Quran dalam air bagi ikhtiar berubat.





Hasil daripada pencarian Gempak, kertas bertulis ayat Al-Quran yang direndam dalam air itu bukanlah produk keluaran tempatan.



Sebaliknya, ia dijual di atas talian dan menerusi informasi penjual, difahamkan produk berkenaan berasal dari Amsterdam, Belanda.

BERITA TRENDING: Al-Quran Jadi Saksi First Date Abbas Mahmood, Alana Dee Dunsmore - "Kami Banyak Bercakap Tentang…