,
Laman Utama

Netizen Dakwa Mimi Lana Ada Boyfriend Baharu, Syafiq Kyle Malas Ambik Perhatian - “Kita Bukan Bercinta Umur 12 Tahun”

Izwan Isa
19/03/2022
03:50 MYT
Pelakon Syafiq Kyle mengakui enggan melayan gosip atau pertanyaan tanpa asas berkenaan hubungannya dengan aktres Mimi Lana yang dituduh netizen sudah ‘berakhir’.
Syafiq berkata, mungkin hal seperti ini boleh diberi perhatian ketika zaman mudanya tetapi menganggap hal itu sebagai satu hal yang tidak berfaedah.
“Kadang-kadang kalau jadi macam ni, bukan saya tak nak jawab tapi saya jadi malu. Saya segan. Kita bukan bercinta umur 12 tahun. Esok lusa nak kahwin dah ni, lepas tu nak layan benda-benda macam tu lagi.
“Mungkin lima tahun lepas saya boleh layan benda macam ni tapi sekarang dia jadi cringe. Tapi selagi kami berada dalam hubungan yang baik, alhamdulillah.
“Kita akan update benda yang lebih baik. Untuk benda-benda kecil tu, I don’t give a damn sebenarnya sebab benda tu buang masa saya juga,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta aplikasi myIOU di ibu kota semalam.
Syafiq diminta untuk mengulas mengenai komen netizen di Instagram Mimi yang mendakwa pelakon itu kini mempunya teman lelaki baharu.
Dalam pada itu, Syafiq turut memberitahu yang peminatnya juga tidak gemar untuk mengambil tahu hal-hal remeh seperti yang digembar-gemburkan oleh netizen.
“Jujurnya, fans saya tak pernah bertanyakan tentang hal perhubungan seperti ini kepada saya. Sepanjang saya mengenali mereka, mereka hanya nak tahu benda-benda yang saya buat dari segi karier,” ujar Syafiq lagi.
Pelakon drama Nur itu turut meminta agar orang ramai mendoakan kelancaran kariernya bagi memudahkan dirinya untuk berganjak ke fasa hidup yang seterusnya.
“Saya berharap agar peminat dapat mendoakan kelancaran karier saya supaya ia memudahkan saya untuk menyusun perancangan seterusnya (kahwin) pada masa akan datang,” tutup Syafiq.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Enam Bulan Menikah, Rizky Febian Mengaku Tak Daftar Perkahwinan

gempak
19/11/2024
14:00 MYT
Penyanyi Rizky Febian mengaku tidak mendaftarkan perkahwinan bersama Mahalini meski sudah enam bulan menjadi suami isteri.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

gempak
11/11/2024
12:00 MYT
Pelakon Ummi Nazeera sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi foto wataknya dalam drama hits Andai Tiada Dia.
Unitar