Hiburan
Netizen Gelar Sofia Jane ‘Vampire’, Ini Respon Tuan Badan! - "Saya Rasa Ia Datang Dari ..."
Tidak dimamah usia dan masih kelihatan jelita biarpun sudah berusia 52 tahun pelakon Datin Sofia Jane berkata dia tidak mempunyai sebarang tips untuk kekal muda.
Digelar netizen sebagai ‘vampire’, pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini hanya mampu berterima kasih atas gelaran itu dan menganggap gaya hidup membuatkan wajah seseorang itu kekal cantik.
“‘Vampire?’ Ia tidak betul. Saya berterima kasih dan saya akui bertalu-talu orang tanya saya pakai apa dan buat apa, tapi saya rasa orang tidak sedar ia mengenai bagaimana kita hidup sebagai manusia dan apa yang kita nak.
“Apa yang kita nak buat selama kita hidup di dunia ini? Apa yang kita nak bagi dan apa yang kita nak terima? Secara asasnya, kita cuba hidup sebaik mungkin. Makan sebaik mungkin, berolahraga sebaik mungkin dan itu saja.
“Dengan harapan umur kita lebih panjang dan dengan umur panjang kita dapat buat banyak perkara baik dan bagus,” kata Sofia kepada Gempak.
Sofia ditemui di majlis tahlil dan bacaan yasin sempena ulang tahun Allahyarham Tan Sri P Ramlee bersama pelakon filem Mencari Ramlee di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Terikut Sikap Nenek
Apabila ditanya bagaimana dirinya kekal positif, aktres yang namanya melonjak di persada senj selepas membintangi filem Perempuan, Isteri Dan … ini berkata sikap itu datang dari neneknya.
“Saya rasa ia datang dari arwah nenek saya, dia seorang wanita yang ‘old fashioned’, seperti mana semua nenek dan moyang kita sebelum ini.
“Sudah tentu kita ketika muda mengatakan pemikiran nenek kita kolot tapi bila kita berumur kita faham maksudnya yang tersirat, terutamanya apabila kita bergelar ibu.
“Arwah juga seorang yang sangat tenang, dan tidak banyak bercakap. Mungkin saya dapat unsur positif itu dari dia,” katanya.
BERITA TRENDING: Top 5 Artis Usia Lebih 40 Tahun Tapi Tetap Cantik! Kulit Pun Flawless!
Must-Watch Video