Skip to main content

Berita Tempatan

Netizen Kritik Baju Konsert Di Jakarta, Ini Komen Siti Nurhaliza

ctjakartabefunky-collage.jpg
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersikap terbuka menerima kritikan dari netizen di media sosial berkenaan pakaian yang dipakainya ketika konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta 21 Februari lalu.

Menerusi laporan HLive, Siti mengatakan ramai netizen yang mengkritik pakaiannya seumpama mereka benar-benar mahir mengenai hal itu.

"Saya tak kisah, mereka berhak untuk bersuara, tak kira lah mereka peminat biasa atau sesiapa yang lain.

"Ramai yang komen seperti mereka bijak pandai, banyak faktor yang membuatkan saya memilih pakaian begitu.

"Cuba kalau mereka buat apa yang saya buat, adakah mereka boleh lakukan?" kata Siti.

Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour bakal meneruskan pelayaran ke Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac dan pulang melabuhkan tirai ke Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac nanti.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).  

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement