Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tampil membidas kecaman pengguna media sosial yang mengkritik penampilan isterinya, Datin Azrene Ahmad yang menindik subang hidung.
Menerusi komen yang ditulis di hantaran Instagram Fazley, penampilan Azrene kurang digemari oleh warganet merujuk kepada statusnya sebagai seorang ibu.
"Cantik adik tapi nose piercing tak tahu nak komen. Untuk cantik ker? Anak dah ramai boleh pakai di telinga je kot, sorry," tulis pengguna berkenaan.
Fazley langsung membidas komen terbabit, tulisnya; "Suka hati dialah. Kau apahal? Bini aku kot?! Dah pergi jauh-jauh jangan sibuk hal orang kat sini. Pergi sambut raya, diam-diam okey?"
Mengulas lanjut kecaman yang diterima berhubung penampilan isterinya, bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) itu terpaksa tampil membalas semula komen berbaur biadab yang ditulis warganet.
"Kadang-kadang tak faham jenis manusia yang merasakan mereka ada hak untuk memberi komen sinis sebegini. Dont worry, saya tetap maafkan.
"Cuma, kali ni saya cuba membalas dengan cara kasar dan kurang adab pulak. Nak tengok apa reaksi empunya diri.
"Selalunya saya delete dan block terus. Tapi kali ni saya bagi peluang orang lain baca juga," katanya.
Tambah Fazley, melihat secara perspektif lebih luas, ramai dalam kalangan selebriti yang menjadi mangsa teguran netizen yang menulis dalam keadaan kurang beradab dan melampau.
"Bukan saya sahaja, tapi ramai di kalangan rakan selebriti yang terkena komen-komen; Pakailah tudung, tutuplah leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum macam tu, awak islam ke, Eh mengandung terus lepas baru nikah, kenapa pegang anak macam tu, pakailah baju longgar sikit, makan pakai chopstik haram, dan ada juga saya ternampak komen, awak gemuk sangat dah sekarang?!
"Hahaha, hebat betul orang yang komen ni. Seolah-oleh mereka manusia paling sempurna dan selebriti penuh dengan kesilapan yang langsung tak boleh dimaafkan.
"Buat mereka yang terkena komen-komen begini, terus delete dan block.. tak luak pun. Kalau share je terus macam saya share ni pun lagi bagus. Supaya mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian yang sangat mereka dahagakan," nasihatnya.
Amri Hassan
Thu May 05 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!