Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan yang anaknya, Andika Rees Pahamin turut pernah mengalami situasi ditampar oleh guru suatu ketika dahulu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar berkata, sungguhpun anaknya dikasari oleh guru, dia tidak mengambil hati, malah berdamai dan move on selepas kejadian.

“Anak lelaki saya, Rees pernah kena lempang dengan cikgu dia. Selepas sebulan saya jumpa cikgu tu dan salam dan beritahu yang kita lupakan sahaja kisah lama. Let’s move on.

“Kalau sebagai Malaysian Ice Hockey player dia kena lempang secara terbuka di gelanggang, saya tak tahulah apa akan jadi.

“Ice hockey players kan jenis tahan lasak dan tahan rempuh. Alhamdulillah, pasukannya dan jurulatih sayangkan anak saya sangat,” katanya.



Sungguhpun Azhar dilihat terbuka dengan ‘kekasaran’ yang dialami oleh anaknya, namun, pengikut pelakon itu merasakan sebaliknya.

Meninjau ruangan komen, ramai memberikan respons negatif terhadap kenyataan Azhar.

“Saya sebagai bapa, saya tak kan sesekali boleh tolerate coach atau cikgu lempang anak saya di khalayak ramai atau pun tertutup. Nak jerit, nak marah tak mengapa tapi bukan dengan cara angkat tangan.”

“Kena rotan is one thing, kena lempang? That’s another and different story. There are certain areas I think we shouldn’t touch even in the name of lesson or whatever excuses we have in mind.”

“Tapi dalam Islam memang tak bagus lempang kat muka. Parent pun tak boleh lempang muka anak.”

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila seorang jurulatih bola tampar di Melaka menampar atlet yang sedang bertanding dalam satu acara.

Hal tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.