Hiburan

Netizen Luah Rasa Gembira Lihat Syamsul Yusof Bersama Ibu Bapa - “Syukur Alhamdulillah, Harta Paling Mahal”

gempak
Mya Amri
14/02/2025
06:20 MYT
Sponsor Banner
Netizen Luah Rasa Gembira Lihat Syamsul Yusof Bersama Ibu Bapa - “Syukur Alhamdulillah, Harta Paling Mahal”
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menarik perhatian netizen selepas berkongsi beberapa hantaran di Instagram yang merakamkan dirinya sedang bercuti bersama keluarga.

Bercuti bersama keluarga

Paling menarik perhatian netizen adalah foto dirinya sedang memeluk kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Malah ketiga-tiga mereka kelihatan begitu gembira sekali dapat meluangkan masa bercuti bersama keluarga di Switzerland.
Selain Yusof dan Patimah, percutian Syamsul ke luar negara turut diikuti oleh dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah serta ibu dan adik kepada bekas isterinya, Puteri Sarah.
Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat Syamsul kembali bersama kedua ibu bapanya.
Sebelum ini, konflik antara Syamsul bersama dua ibu bapanya bermula apabila dia dilaporkan sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.
Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Syamsul bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.
Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya Syamsul kembali ke pangkuan Yusof Haslam dan Patimah beberapa hari selepas bercerai dengan Ira pada September tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024