,
Laman Utama

Netizen Persoal Syamsul Biarkan Isteri-Isteri ‘Berperang’ Di Mahkamah, Puteri Sarah Tolong Jawab; “Kerana Menjadi Berani Itu…”

Shahrin Zulkifle
15/02/2023
14:00 MYT

Semalam, Mahkamah telah membenarkan permohonan pelakon Puteri Sarah yang juga isteri pertama kepada pengarah Syamsul Yusof untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakaknya, Yasmin Kazar dan bapanya, Kazar Saisi.

Susulan daripada itu, Puteri Sarah telah memuat naik dan berkongsi semula potongan mengenai berita tersebut di laman Instagramnya miliknya.

Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian wargamaya termasuk Puteri Sarah sendiri adalah persoalan yang ditinggalkan seorang individu di ruangan komen yang mempertikaikan tindakan Syamsul Yusof sebagai seorang suami.

Menurut individu berkenaan, dia mempersoalkan mengapa pengarah filem Munafik itu hanya membiarkan sahaja kedua-dua isterinya berbalah di Mahkamah tanpa sebarang penyelesaian dilakukan.

“Apa perasaan Syamsul eh, bini- bini dia ‘berperang’ dekat Mahkamah? Dia sebagai suami tak kan tak bertindak apa-apa?

“Dia suami kot, takkan tak nak selesaikan hal isteri-isteri dia. Berdiam diri kononnya,” soal individu berkenaan.

Komen tersebut telah menarik perhatian ibu kepada dua cahaya mata itu apabila dia dilihat membalas pertanyaan berkenaan dalam nada memerli dimana dia menyatakan menjadi seorang yang berani itu merupakan perkara sukar.

“Kerana menjadi berani itu sukar,” balas Sarah ringkas.

Terdahulu, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, telah dibenarkan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madu serta keluarganya yang didakwa menghina mahkamah susulan melanggar perintah injuksi .

Mahkamah telah melarang Ira Kazar atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sara, keluarganya serta keluarga mentua termasuk juga suaminya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Persembahan Nyanyian Jadi Perhatian, Ira Kazar Komen - “Sangat Gementar, Lagu Tu Saya Pilih Sebab Masa Kecil…”

gempak
31/10/2024
01:55 MYT
Pempengaruh, Ira Kazar akui sangat gementar semasa membuat persembahan penutup di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather yang diadakan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.
Hiburan

“Tak Paksa Cuma Harap Dia Boleh Handle” - Kazar Tak Pernah Halang Ira Jadi Penyanyi, Siap Ada Effort Belajar Main Gitar

gempak
30/10/2024
08:33 MYT
Pelakon, Kazar Saisi tidak pernah menghalang anaknya, Ira Kazar untuk menceburi bidang seni.
Hiburan

“Tak Kisah Orang Nak Cakap Fasal Saya Tapi Bila Cakap Buruk Tentang Ayah…” - Ira Kazar Terkesan, Bapa Jadi Mangsa Kecaman

gempak
30/10/2024
00:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ira Kazar akui sudah biasa menjadi mangsa kecaman netizen.
Hiburan

Bekerja Keras Sejak Tahun Lalu, Puteri Sarah Anggap Hadiah Kereta Untuk Balas Budi Ibu Bapa - “Mereka Rasa Terharu, Menangis…”

gempak
26/09/2024
01:55 MYT
Impian pelakon Puteri Sarah Liyana untuk menghadiahkan ibu bapanya sebuah kereta Proton X50 akhirnya tercapai.
Hiburan

Puteri Sarah Luah Rasa Syukur Syamsul Yusof Pulang Ke Pangkuan Keluarga - “Saya Hanya Boleh Katakan…”

gempak
23/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya iaitu pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
Anmum