Pasangan selebriti, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 28, dan pengacara Nabil Mahir, 32, sering mendapat perhatian warganet.

Selepas mendirikan rumah tangga, Ayda sering berkongsi gelagat manja Nabil yang suka mencium pipi isteri kesayangannya berulang kali.

Malah, pelantun lagu Parah Parah itu menyifatkan suaminya seorang yang clingy.

Walaubagaimanapun, bukan Ayda sahaja yang mengalami situasi itu malah ada beberapa orang pengikut yang turut mengalami situasi sama meskipun usia perkahwinan sudah memasuki 15 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories itu, ada peminat yang menasihati pemilik nama Nur Suhada supaya mengabaikan komen-komen negatif.




Sebelum ini, laman Twitter dipenuhi dengan tweet daripada netizen yang tidak menggemari posting Ayda sejak berkahwin.​

"Saya tidak pernah mengulas mengenai selebriti di media sosial. Yang ini adalah yang pertama dan terakhir. Nabil Mahir dan Ayda Jebat tolong lah. Hormati peminat tegar anda yang tahap makcik makcik tu. Aiyo. Geli lah.

"Tak senonoh betul Insta Story Ayda sejak-sejak kahwin. Audience dia banyak budak sekolah kot.

"Rasa meluat pulak tengok Insta Story Ayda ni.

"Tak senonohnya Ayda dengan laki dia ni," antara respons yang ditulis.

Terdahulu, Ayda dan Nabil selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana pada 1 Januari lalu.

BACA: Ayda Jebat & Nabil Mahir Tak Rancang Soal Anak, "Kalau Boleh, Saya Nak 13 Orang ..."