Laman Utama

Netizen Risaukan Kasut Yang Dipakai Adira Ketika Beri Bantuan Banjir - “Kasut Tak Kena Tu”

gempak
Izwan Isa
29/12/2021
05:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Risaukan Kasut Yang Dipakai Adira Ketika Beri Bantuan Banjir - “Kasut Tak Kena Tu”
Umum mengetahui yang ramai selebriti turun padang memberikan bantuan terhadap mangsa-mangsa banjir sejak beberapa minggu lalu.
Sungguhpun ada yang tidak berkesempatan memberikan bantuan ketika musibah melanda, namun, masih ramai yang dilihat sama-sama berganding bahu menyediakan keperluan asas kepada mereka yang terlibat.
Maklumlah, selepas kediaman rosak ditenggelami air, pasti makanan mudah masak seperti makanan-makanan kering dan keperluan asas lain merupakan item yang paling diperlukan oleh mangsa.
Melihat pada situasi berkenaan, penyanyi Adira tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyerahkan bantuan di sekitar Bentong, Pahang.
“Hi assalammualaikum, kita orang nak pergi Bentong. Good morning!” ujar Adira ringkas menerusi video yang dikongsikan di Instagram Story miliknya.
Usai memberikan bantuan kepada penduduk setempat, Adira kemudian memuat naik beberapa keping gambar yang dirakam ketika mengelolakan urusan pemberian makanan di sana.
Menariknya, ada beberapa komen daripada peminat yang ‘risaukan’ kasut yang dipakai oleh Adira ketika aktiviti pemberiaan bantuan dijalankan.
“Hati-hati kak, takut kasut kak tu kena kutuk pakai kasut cantik datang melawat tempat banjir. Hati-hati,” tulis seorang pengikutnya.
“Kasut tak kena tu…” tulis seorang lagi pengikutnya.
“Kak Adira, pakai kasut yang mau pigi sawah tu bah,” cadang seorang netizen pula sambil meletakkan emoji ketawa.
Melihat pada perkongsian seterusnya yang dibuat oleh Adira di Instagram, aktiviti memberi bantuan kepada mangsa banjir diteruskan sehingga lewat malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live