Skip to main content

Trend Pasaran

Netizen ‘Salute’ Abang Tentera Angkat Jalur Gemilang Terbiar Atas Jalan!

untitled-design-2019-08-22t164940-110.jpg
Seorang anggota tentera mencuri tumpuan netizen apabila mengangkat bendera jalur gemilang yang terjatuh di atas jalan raya.
 
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi foto seorang jejaka memakai unifom tentera memberhentikan kenderaannya dan kemudian mengangkat bendera Malaysia yang terjatuh.
 
“Seorang askar memberhentikan kenderaan untuk mengangkat bendera Malaysia yang terjatuh di jalanraya. Hormati bendera kita. Hormati tentera kita. Inilah wira negara!" tulis tweet terbabit.
 
Foto tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
 
Beliau sempat bertanya kepada warga Twitter jika ada yang mengenali anggota tentera tersebut untuk menemuinya.


 
Netizen juga rata-ratanya memuji tindakan anggota tentera tersebut yang bersikap patriotik dan menghormati bendera Malaysia.
 
“Allahuakbar Alhamdulillah. Terima kasih pada beliau. Ni la org panggil anak Bertuah. Askar Melayu,” puji seorang netizen.
 
“Syabas wira negara angkat bendera Malaysia yang terjatuh di jalan raya. Waspada bila angkat bendera ini. Kenderaan laju boleh merempuh wira dari belakang. Negara tak mau tengok wiranya terkorban di jalan raya, satu kehilangan besar kepada negara,” komen seorang netizen.
 
“Alhamdulillah, kuat semangatnya, kental jiwanya. Itulah seorang tentera sejati. Sayangi Negara, Sayangi Malaysiaku. Reward him YB @MSabu_Official,” pinta seorang netizen.
 
“Semangat macam ni yang kita perlukan wahai anak muda sekalian alam,” ujar seorang netizen lagi.
 
Foto itu sehingga kini telah mendapat hampir 6,000 ulang kicau dan lebih 5,000 tanda suka daripada netizen.
 

Advertisement

Must-Watch Video