Laman Utama
Netizen Samakan Bilik Pembantu Rumah Atta Halilintar Macam Sel Penjara
YouTuber terkenal, Atta Halilintar dan isterinya penyanyi Aurel Hermansyah dikritik netizen selepas mempamerkan bilik tidur para pembantu rumahnya di saluran YouTube mereka baru-baru ini.
Ramai yang terkejut melihat keluasan bilik pembantu rumah pasangan selebriti tersebut.
Mereka menyifatkan bilik tidur tersebut terlalu kecil jika dibandingkan dengan rumah agam yang dimiliki Atta.
Malah ada dalam kalangan netizen menyebut bilik tidur tersebut bersaiz kecil seperti tandas dan sel penjara.
“Ya Allah seperti di penjara,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Rumah besar tapi bilik sebesar tandas,”tulis yang lainnnya.
Komen tersebut ditinggalkan selepas Atta dan Aurel membuat room tour ke bilik pembantu rumah.
Pasangan itu menyediakan katil dua tingkat untuk pembantu rumahnya.
Must-Watch Video