Viral

Netizen Speku Daiyan Trisha Bedah Hidung... "Itu Hak Saya, Tak Perlu Jelaskan Apa-Apa"

gempak
Amri Hassan
01/04/2020
07:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Speku Daiyan Trisha Bedah Hidung... "Itu Hak Saya, Tak Perlu Jelaskan Apa-Apa"
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha memohon orang ramai agar tidak mempertikaikan perubahan fizikalnya dan memberikan fokus pada apa yang berlaku pada dunia sekarang.
Jelas Daiyan, adalah hak dia untuk tidak menerangkan tentang perubahan fizikal bentuk hidungnya kepada mana-mana pihak.
"Guys... dah lah. Saya tak kisah pun apa yang orang nak cakap tentang fizikal saya sekarang.
"Pertama, itu hak saya dan keduanya, saya tak perlu untuk menerangkan kepada sesiapa pun.
"Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya, perlu ke waktu-waktu kritikal macam ni, kita cakap mengenainya. Seriuslah," tulis Daiyan menerusi akaun Twitternya. Tambah Daiyan, dia enggan mengambil pusing tentang perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadanya.
"Apa kata kita salurkan tenaga kepada sesuatu yang lebih bermanfaat.
"Duduk di rumah tapi biarlah jari-jemari tu menaip perkara positif sebab di luar sana banyak yang memerlukan sokongan dan doa kita, kan? dah la. takyah gaduh.
"Banyak orang kat luar sana tengah susah, banyak keluarga menderita untuk survival, petugas-petugas kesihatan yang bertarung nyawa, polis, tentera semua yang turut sama turun padang, perkhidmatan penghantaran dan sebagainya.
"Jangan ambil mudah," ujarnya.
Malah, Daiyan menyeru orang ramai agar menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.
"Daripada bergosip, lebih baik fokus kepada mereka yang memerlukan ketika ini.
"Saya sentiasa berkongsi platform untuk menderma di ruangan media sosial saya.
"Kalau kita tak boleh sumbang tenaga, masa, atau harta benda kewangan, sekurang-kurangnya buatlah mereka gembira," tambah Daiyan.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024