Laman Utama
Netizen Tak Buat ‘Homework’, Nak Serang Orang Lain Tapi Terserang Liyana Jasmay
Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay meluahkan rasa kecewa terhadap netizen yang sering mencari kesalahan dan bertindak menghukum seseorang sesuka hati.
Liyana menerusi hantaran di Instagram berkata, dia berharap agar netizen tidak terlalu gigih mencari salah orang dan bersungguh untuk memberikan kecaman.
“Saya letak di sini supaya ia boleh menjadi iktibar pada semua. Pertama sekali jangan effort sangat untuk cari salah orang dan beriya-iya untuk kecam orang di ruangan komen dengan penuh rasa bangga dan tiada langsung rasa bersalah.
“Kedua, tolong jangan sebarkan fitnah. Ketiga berhentilah menghukum orang sesuka hati,” tulisnya.
Difahamkan, netizen cuba untuk menyerang seorang individu mengenai isu Palestin. Namun, disebabkan wajah seiras, akaun TikTok penyanyi Aku Tak Percaya Cinta ini yang menjadi mangsa.
Selain itu, Liyana sempat mendoakan agar mereka yang meninggalkan komen seperti itu sentiasa dilembutkan hatinya dengan kebaikan.
“Saya doakan agar hati anda dilembutkan dengan kebaikan, agar hati korang penuh dengan kasih sayang dan agar hati korang sentiasa bersangka baik,” katanya lagi.
Must-Watch Video