HIBURAN
Netizen Terpegun Lihat Foto Siti Nurhaliza, Izara Aishah & Tya Arifin - “Cantik Semuanya Macam Adik Beradik, Datuk Siti Nampak Sebaya”
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat perhatian netizen ketika hadir di majlis perkahwinan anak tirinya iaitu Aazief Khalid bersama Izza Athirah pada Sabtu.
Nampak sebaya
Menerusi video pendek yang dikongsi di akaun Instagram miliknya, kelihatan Siti bersama dua menantunya iaitu Izara Aishah dan Tya Arifin sedang berjalan sambil berpegangan tangan.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah ketiga-tiga mereka kelihatan sangat anggun dan cantik menggayakan busana masing-masing.
Malah Siti juga kelihatan sebaya dan awet muda bersama dengan Izara dan Tya.
Di ruangan komen, netizen juga turut menyatakan rasa terpegun melihat penampilan Siti pada hari bermakna itu.
Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz, Aazief yang segak mengenakan baju Melayu putih sah bergelar suami kepada Izza.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, manakala Izza menerima satu dinar emas sebagai mas kahwin.
Majlis itu turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak yang hadir meraikan penyatuan cinta pasangan tersebut.
Must-Watch Video