Laman Utama
Netizen Tersentuh Yusof Haslam & Isteri Support Puteri Sarah - “The Best Father In Law You Could Ever Have”
Baru-baru ini, pengarah Datuk Yusof Haslam ditemu bual oleh sebuah program hiburan mengenai keadaan rumah tangga anaknya, Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah Liayana.
Menerusi temu bual berkenaan, Yusof ditanya adakah dia merestui hubungan Syamsul dengan pihak ketiga seperti yang disensasikan oleh banyak orang, jawab sutradara tersohor itu, dia enggan memberi ulasan terhadap sesuatu yang belum berlaku.
Yusof juga berkata, dia mendoakan mudah-mudahan Sarah kuat semangat, pertahankan rumah tangga jika boleh, tabah istiqamah dan hadapi segalanya dengan tenang.
Tambah Yusof, walaupun dia tahu bercakap memang mudah, tetapi tuan empunya badan yang harus menanggung di bahu sendiri.
Kenyataan Yusof itu mencetuskan rasa ‘syahdu’ dalam kalangan netizen. Menerusi respons-respons yang ditinggalkan di Twitter, rata-rata memuji bagaimana Yusof menghadapi situasi berkenaan dengan positif.
“The best father in law you could ever have.”
“Beza orang berpelajaran tinggi amat mudah kita bandingkan. Ayah Samsul memang sangat berpendidikan dan minda yang sangat terpelajar. Bercakap menggunakan akal. Berkata tak melebihi dari perbuatan. This is the real wise man ever!”
“Rezeki dapat mentua yang baik pertahankan menantu dan rumah tangga anak. Bukan menyalahkan menantu atas kesalahan anak sendiri kononnya anaknya lah paling malaikat. Percaya pada kata-kata anak padahal yang menanggung sakit tu menantu sikit pun tak diendahkan.”
“Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Sol, jangan guris hati mak ayah. Hebat macam mana kite, mak ayah is the best advisor. Sebab dia kenal kita dari kecil. Bukan gegirl tu, bukan kawan, bukan jiran, bukan ayah dia. Dengar la Sol cakap mak ayah. Reda tu kau kejar sebelum diorang tak ada.”
Must-Watch Video