Penyanyi Bella Astillah sekali lagi meraih perhatian netizen selepas memuat naik sekeping selfie di akaun X miliknya baru-baru ini.

Bukan kerana kapsyen yang berbunyi: “1994 babies, we are turning 30 soon”, tetapi wajah Bella yang disifatkan oleh pengguna media sosial sebagai sangat mirip penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Tidak kurang, ada juga yang memujinya masih kelihatan muda sungguhpun usia bakal melewati angka 30 tahun.



Menerusi ruangan balas, ada juga yang berpesan kepada Bella supaya melihat Siti pada waktu sekarang jika ingin membayangkan wajahnya ketika sudah berusia sama dengan pelantun suara bagi lagu Percayalah itu.