HIBURAN
Netizen Teruja Lihat Kemunculan ‘Random’ Ari Lesmana Di Sekitar Malaysia - “Kejap Konsert, Kejap Main Bola…”
Kemunculan penyanyi Indonesia, Ari Lesmana di beberapa lokasi awam sekitar Malaysia baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai.
Menerusi beberapa rakaman video orang awam, vokalis kumpulan Fourtwnty itu dilihat bergaul mesra bersama peminat.
@najbilas seneng bgtttt. sampai ketemu @Ari Lesmana 🤍 #fourtwntymusic #arilesmana #fourtwnty #mangu #termanguhatiku ♬ mangu ourfeelings version - ourfeelings🪐
Malah, antara momen yang mencuri tumpuan termasuk video tular memperlihatkan Ari bermain bola sepak di sebuah padang di Shah Alam, selain sedang sibuk ‘nego’ baju bundle di JBR Night Vintage Market.
Lebih menarik, figura berambut ikal itu juga dilihat melayan peminat yang ingin bergambar dengannya dengan penuh mesra dan tenang, tanpa sebarang protokol artis.
Rata-rata netizen terhibur dengan penampilan Ari yang digambarkan ‘paling random’ dan tidak mengikut kebiasaan selebriti antarabangsa.
“Randomnya. Kejap perform kat konsert, kejap main bola, kejap jadi penonton kat konsert.
“Bang, punya jauh kau datang main bola… bukan nak nyanyi sangat pun ni santai kau bang.
“Terpaling hiatus ka mamat ni.
“Dia ni sebenarnya datang Malaysia bukan nak buat show sangat dah ni dengan dekat Pesta Pora pun chill je round-round kat crowd orang ramai,” komen beberapa netizen.
Difahamkan, Ari kini berada di Malaysia bagi membuat persembahan khas di sesi latihan konsert Pesta Pora Malaysia yang berlangsung Sabtu lalu, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menerusi festival muzik itu, Ari menyampaikan lagu popularnya Mangu yang kembali tular di media sosial.
Sekadar info, Ari Lesmana merupakan vokalis utama kumpulan Fourtwnty yang kini sedang berehat daripada dunia muzik selepas pengumuman rasmi hiatus oleh band tersebut pada Disember 2024.
Sementara anggota lain tampil dengan projek baharu dikenali sebagai ITengah, Ari memilih untuk terus menyepi dan belum menyertai sebarang projek muzik semula.
Dalam satu wawancara sebelum ini, Ari turut mendedahkan bahawa beliau sendiri tidak tahu lagu Mangu yang pertama kali diterbitkan pada 2022 kembali viral.
Must-Watch Video