Berita

Netizen Ugut Fadlan Hazim ‘Bank In’ Duit Jika Mahu Tidak Diganggu

gempak
Syafiqah Jalal
22/01/2020
06:40 MYT
Sponsor Banner
Netizen Ugut Fadlan Hazim ‘Bank In’ Duit Jika Mahu Tidak Diganggu
Pelakon Fadlan Hazim mendedahkan dia telah diganggu oleh seorang pengguna laman sosial Instagram (IG) sejak setahun yang lalu.
Menurut Fadlan, pemegang akaun IG palsu itu telah memberikan komen berunsur carutan serta negatif.
Perkara itu berlarutan sehingga Fadlan telah diminta untuk memasukan sejumlah duit ke akaun bank miliknya jika mahu semua komen tersebut dihentikan.
“Sesiapa boleh cari details pemilik akaun CIMB ini mesej saya.
“Pemilik akaun ini sudah mencipta berpuluh akaun palsu dan spam bahagian komen saya dengan mencarut. Tak faham apa yang dia tulis sudah dekat setahun ini.
“Akhir sekali dia minta saya ‘bank in’ duit baru dia akan berhenti. Tapi dia ni tak berapa nak bijak la as you can see. “So guys tolong saya dapatkan detail dia. Nama dah dah tahu Nuyaths Binti Mohd Sani,” tulisnya. Fadlan mendedahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia telah memuat naik banyak komen yang negatif dan semuanya datang dari nama akaun berbeza.
Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata ingin membantu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024