Berita

New Zealand Catat Sifar Kes Baharu COVID-19 Enam Hari Berturut-Turut, Kes Aktif Hanya 21

gempak
Asraf Aided
29/05/2020
06:49 MYT
Sponsor Banner
New Zealand Catat Sifar Kes Baharu COVID-19 Enam Hari Berturut-Turut, Kes Aktif Hanya 21
New Zealand telah mencatatkan sifar kes baharu dalam penularan wabak COVID-19 di negara mereka.
Memetik laporan HW English, jumlah kes yang masih aktif di negara itu hanya mencatatkan jumlah terbaru sebanyak 21 pesakit.
Menurut Perdana Menteri Jacinda Ardern, untuk memenangi perjuangan menentang penularan virus itu, seluruh warga New Zealand harus berusaha keras menghapuskan bilangan kes yang masih ada.
"Jangkitan di negara ini tidak meluas dan tiada juga komuniti yang tak dapat dikesan dalam perkembangan COVID-19 di New Zealand, kita sudah menang untuk aspek itu.
"Walaubagaimanapun, kita harus sentiasa berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang tidak baik," kata beliau.
Terdahulu, New Zealand telah mencatatkan kes COVID-19 pertama pada 26 Februari.
Negara itu kemudiannya menutup sempadan pada 19 Mac dan melaksanakan 'lockdown' pada 26 Mac.
Difahamkan, Kementerian Kesihatan negara itu juga telah mengesahkan tiada pertambahan dalam jumlah keseluruhan jangkitan, 1504 kes sejak Jumaat lalu.
Untuk perkembangan COVID-19 di negara kita, jumlah kes baharu hanya mencatatkan 10 pesakit setakat semalam.
Jumlah itu juga adalah laporan kes baharu paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Apapun, sentiasa utamakan penjarakkan sosial, kerap mencuci tangan dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19, kita belum menang!
Sumber : HW English, Instagram KKM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live