Berita
“Ni Bukan Lip Tint, Ni Lipstik...”- Ditegur Bersolek Ketika Ibadah Umrah, Ini Jawapan Eina Azman
Swafoto pelakon Datin Eina Azman ketika mengerjakan ibadah umrah di tanah suci Makkah baru-baru ini menjadi tumpuan netizen.
Menerusi foto yang dikongsikan di dalam akaun Instagram miliknya menunjukkan wajahnya kelihatan seperti bersolek dengan bibir berwarna merah.
Seorang warganet yang mendakwa dia menggunakan pemerah bibir atau lip tint itu menceritakan pengalamannya ketika ditahan dari dibenarkan masuk ke masjid kerana menggunakan pemerah bibir yang sama.
Namun, Eina tidak berdiam diri malah telah menjelaskan pemerah bibir hang digunakan adalah gincu Arab yang boleh digunakan di dalam solat.
Sementara itu, pengikutnya yang lain turut memuji penampilan Eina yang bertudung litup dan mendoakan agar wanita itu terus istiqamah.
Eina dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan telah menimang dua cahaya mata kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, 3 tahun.
Must-Watch Video