Laman Utama
“Ni Rumah, Bukan Taman Tema” - Rizalman Ibrahim Hias Bilik Anak Bongsu Dengan Citarasa Mewah, Cantiknya!
Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila menghias bilik anak bongsunya dengan citarasa mewah, tidak seperti bilik kanak-kanak lain.
Menerusi laman sosial Instagram, Rizalman memuat naik foto hiasan dalaman bilik Aali Nail, 8, untuk tatapan umum.
“Lama aku tak naikkan kerja-kerja interior design aku kan? Kali ni setelah dua tahun pindah baru ada sikit rezeki dan masa nak naik taraf bilik Aali ni,” tulinya di ruangan kapsyen.
Menggunakan cadar yang dibeli di Paris dan citarasa dekorasi yang mewah, bilik Aali kelihatan sangat cantik dengan hiasan dalaman seperti rumah agam di luar negara.
Hiasan dalaman mewah itu turut menarik perhatian ramai pengikutnya yang bertanyakan tentang kesesuaian tema kanak-kanak atau kartun bagi bilik anak kecil.
“Pi je la Disneyland, ni rumah, bukan taman tema!” tegas Rizalman menjawab pertanyaan seorang pengikutnya
Malah, Rizalman turut berkongsi tips bahawa ibu bapalah yang perlu mendidik citarasa anak-anak sedari mereka kecil lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji hiasan dalaman bilik Aali yang sangat mewah dan bercitarasa tinggi.
“Bilik anak raja pun kalah ni,” usik seorang wargamaya.
“Kalau la ni bilik saya, memang terperap je la dalam bilik, cantik sangat,” komen seorang wargamaya.
“Lawa sangat ni, ibarat duduk dalam istana,” puji seorang wargamaya.
“Cantiknya bilik Aali, kalah bilik pengantin,” ujar seorang wargamaya.
“Bertuahnya Aali! Babah nak anak baru dak? Amik la saya,” kata seorang wargamaya lagi.
Selain Aali, Rizalman turut mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Umar Nail, 18 tahun.
Must-Watch Video