Penyanyi Siti Sarah Raisuddin membongkar rahsia kejayaan suaminya SHuib Sepahtu yang erring menjadi tanda tanya ramai terutama rakan baiknya.

Menurut Siti Sarah sebagai isteri dia pun belajar serta memerhati sikap Shuib untuk menjadi berjaya seperti suaminya.

“Saya tau niat awak (Shuib) sangat baik., video ini je menunjukkan awak suppport peniaga lain. Alhamdulillah....

“Sebenarnya ramai rakan-rakan baik tanya “Shuib cuba ajar aku macam mana kau buat sampai berjaya?” tapi selalu Shuib cakap “aku tak pandai Allah hantar aku orang yang pandai pandai.. aku tak ada daya apa pun ...”

“Ok biar saya yang terangkan. Bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya .. Saya sendiri pun curi ilmu dari dia dengan jadi pemerhati . Ni sikap Shuib nombor satu sedekah, kedua jangan ada hasad dengki, ketiga dia tak tahu penat tu apa dan tak pandai curi tulang.

“Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga. Dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu org lain,” katanya.

Sarah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Sarah memuat naik rakaman video Shuib sedang membantu peniaga kecil menjual nasi lemak.

Tambah Sarah dia dan suami amat memahami nasib peniaga kecil yang terkesan ketika pandemik ini.

“Dalam keadaan PKP sekarang ini, saya tak dapat bayangkan nasib peniaga kecil sedangkan peniaga besar-besar pun banyak yang dah lingkup.

“Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat. Moga Allah membuka pintu rezeki seluas lanjit yang terbentang, seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Amin yarabalalamin.

“Kepada yg tanya nasi lemak ni kat mana ia kat Puchong Prima depan Petronas. Harga nasi lemak serendah RM1,” tambahnya.

Shuib memiliki perniagaan minuman dan pencuci mulut Bubble Bee yang kini sudah mula mempunyai cawangan hampir di seluruh negeri.