Ada saja kisah lucu mengenai pelakon sinetron popular Indonesia, Nia Ramadhani! Kalau dahulu kisah tak pandai kupas salak, kali ini tular pula cerita terbaharu mengenai tempe.

Sepotong video tersebar di media sosial memaparkan aksi Nia yang sedang membeli makanan di tepi jalan.

Kemudian, Nia menunjukkan makanan yang menarik perhatiannya iaitu tempe goreng.

Ketika peniaga tersebut bertanyakan berapa jumlah tempe yang ingin dibeli Nia, dia kelihatan kebingungan.

"Berapa tempenya, kak? soal penjual itu.

Bukannya menjawab pertanyaan penjual malah bintang Bawang Putih Bawang Merah itu seperti tidak memahami. Sahutnya; "Ah... Tempe?"

Sebelum kecoh di media sosial, rupa-rupanya orang di sekelilingnya sudah terkejut terlebih dahulu. Termasuk salah seorang kawan Nia.

"Sumpah kamu tak tahu itu tempe?" tanya rakannya itu.

Nia seraya menjawab tidak tahu bahawa makanan yang ditunjukkannya itu tempe.