Penyampai radio Era, Danial Zaini menafikan tujuannya berkongsi foto bersama kereta mewah jenis Mercedes Benz CLA yang baru dibelinya itu untuk tujuan menunjuk-nunjuk.
Jelas Danial, 27, gambar bersama kereta baharu itu untuk pembakar semangat orang ramai ketika berdepan kesulitan termasuk COVID-19.
"Sepatutnya saya hanya mahu berkongsi di 'close friends' Instagram tapi tersilap post. Gambar itu untuk pembakar semangat baik kepada diri sendiri mahupun orang lain ketika kita berdepan saat getir seperti sekarang.
"Saya mahu buktikan selepas 10 tahun dengan usaha, insya-Allah kita mampu mencapai apa yang kita hajatkan.
"Sebenarnya ia bergantung pada diri sendiri untuk memilih membeli barangan apa. Saya menguruskan kewangan sendiri dan mula menyimpan duit hasil kerja selama 10 tahun dengan cara saya sendiri.
"Saya yakin tak selamanya kita di atas dan tak juga selamanya di bawah. Ketika waktu sebegini saya ada simpanan yang cukup alhamdulillah saya dapat kereta idaman saya," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, menerusi Instagram Stories, Danial berkongsi foto bersama sebuah kereta mewah jenis Mercedes berwarna hitam yang dibelinya selepas 10 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
Sebelum memutuskan untuk membeli kenderaan terbabit, Danial turut mempertimbangkan dua model kereta lain jenis Range Rover dan Audi.
Dalam pada itu, tambah Danial, dia berpegang pada prinsip yang tidak bermewah-mewah dengan barangan dan pakaian mahal serta berdisiplin menyimpan duit.
"Saya tak berminat untuk pakai barangan mahal-mahal, baju-baju saya pun biasa-biasa saja. Sebab itulah berani ambil kereta itu.
"Kebetulan kereta lama kerap sangat rosak dan saya terpaksa jualkan. Jadi, ia menjadi keperluan bagi saya. Langsung tiada niat nak menunjuk-nunjuk.
"Untuk simpanan pula saya memperuntukkan 80 peratus daripada gaji saya untuk disimpan atau dilaburkan untuk bisnes. Selain itu, saya akan mengirimkan duit untuk ibu saya setiap bulan.
"Alhamdulillah, selain menjadi penyampai radio, saya ada juga kerja sampingan," ujarnya.
Pada masa sama, Danial menafikan pembelian kereta mewah itu berkait dengan isu yang sedang hangat dibahaskan, Macau Scam.
"Beli kereta mewah je terus kaitkan dengan Macau Scam. Mana ada, saya beli hasil daripada duit simpanan saya sendiri. Ini pun bukan beli cash, bayar bulan-bulan juga," tambahnya.
Amri Hassan
Sun Nov 01 2020
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.