gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Dr Amalina Selamat Bersalin Anak Kedua, Namakan Aurora Sienna!
HIBURAN
Kongsi Foto Bersama, Peminat Doakan Kebahagiaan Karel Susanteo & Anna Jobling
HIBURAN
Tembakan Tepat! Dayang Nurfaizah & Nadeera Zaini Bakal Gegarkan Konsert Hael Husaini & Repertoire - “Saje Tau Letak Gambar Yang Dah Berkurun”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Nicholas Saputra Buat Prom Nite Melly Goeslaw Sempurna

gempak
Maliah Surip
01/06/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
Nicholas Saputra Buat Prom Nite Melly Goeslaw Sempurna
Menjadi edisi ketiga setelah tuntas dengan dua projek mega sebelumnya, Ada Apa Dengan Melly (Prom Nite) yang berlangsung di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 31 Mei tidak kurang hebatnya.
Ada Apa Dengan Melly (Prom Nite) yang dibawakan Icon Entertainment by Iman Tang malah menutup siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School) serta Ada Apa Dengan Melly Friends (Malam Graduasi) masing-masing pada Feb 2023 dan Jun 2024 dengan buah tangan paling manis.
Pemegang watak Rangga, Nicholas Saputra hadir membacakan puisi yang terdapat dalam salah satu babak filem fenomena Ada Apa Dengan Cinta yang dirilis pada 2003 silam.
Aura Rangga — atau Nicholas Saputra dengan tatapan mata yang khas dan senyum budiman telah membuat seluruh stadium bergemuruh. Ironi, Rangga sama seperti di layar lebar tidak banyak bicara — malah Nicholas hanya muncul sekitar lima minit sebelum meninggalkan penonton yang barangkali mengharapkan kemunculan istimewa itu memakan waktu lebih lama.
Penampilan khas Nicholas Saputra bagaimanapun tidak mencuri sepenuhnya tumpuan konsert kerana peminat begitu antusias menikmati persembahan Melly yang sangat energatik. Rendisi lagu seperti Ada Apa Dengan Cinta, Gantung, Ku Bahagia, Di Mana Malumu dan Suara Hati Seorang Kekasih sudah cukup membawa peminat pulang ke terowong masa lalu.
Melly tidak sama sekali membenarkan peminat ‘berehat’ masih bersama penampilan ‘menjerit’ yang dibawanya, isteri Anto Hoed itu terus menerus memberi persembahan energatik. Sesekali celotehnya yang bersahaja mencuit hati peminat.
Segmen Melly mendendangkan Janji Manismu nyanyian Aishah, Aku Cinta Padamu (Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Isabella daripada kumpulan Search yang terlebih dahulu ‘mendunia’ di Inonesia membuktikan karya Malaysia juga cukup hebat di Nusantara. Melly juga dalam ucapannya mengaku menghargai karya ‘melayu’ yang disifatkan sebagai punya tempat khas di hatinya.
Seiring dirinya menghargai karya melayu, penyanyi masa kini yang cukup terkenal, Aina Abdul diajak menghangatkan malam prom nite tersebut. Melly menggelarkan Aina sebagai ‘Lady Gaga-nya Malaysia — tentu sahaja kerana penampilan eksentrik di atas panggung yang menjadi imejnya sebagai penghibur.
Ternyata ia adalah pilihan yang bijak apabila sama ada mendendangkan hit Melly secara solo atau berduet dengannya menerusi lagu Hey Ladies, Aina membuktikan dia mempunyai kredibiliti yang tidak malu untuk dibanggakan Malaysia.
Ada Apa Dengan Melly (Prom Nite), yang berlabuh dengan energi ‘tinggi’ di sebalik lagu-lagu yang diberi nafas baharu, ia bukan hanya tanda berakhir sudah sebuah konsert tetapi melengkapkan tiga siri konsep yang dibawa untuk memenuhi kerinduan peminat terhadap karya tersebut.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Nicholas Saputra
#Siti Nurhaliza
#Rangga
#Melly Goeslaw
#Axiata Arena
#Ada Apa Dengan Cinta
Must-Watch Video