Laman Utama
Niezam Zaidi Lebih Positif Lepas Keluar Penjara; “Allah Tegur Saya, Kalau Tak Berubah Juga Tak Tahulah”
Pernah dipenjara selepas terkait dengan kes dadah, pelakon Niezam Zaidi menganggap ‘peristiwa hitam’ tersebut sebagai satu hikmah dan dijadikan pengajaran buat dirinya.
Jelas Nizam, peristiwa berkenaan adalah teguran daripada Tuhan untuk dirinya berubah ke arah yang lebih baik selain menjadikan dia lebih bersikap positif.
“Alhamdulillah, saya hanya percaya kepada qada dan qadar Allah. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada diri saya, kalau sebelum ini orang tegur tak jalan, kali ini Allah yang tegur saya. Kalau tak berubah juga tak tahu lah.
“Allah dah susun yang terbaik untuk saya, mungkin kalau waktu itu saya give up, perkara buruk akan jadi, maka saya hanya positif sahaja,” katanya.
Niezam berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Remp-it2 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda sebanyak RM4,000 selepas nama Niezam didapati terkait dengan dadah.
Dalam pada itu, Niezam akui bersyukur apabila namanya tidak pernah disekat daripada bidang lakonan.
“Saya keluar daripada ‘tempat belajar’ itu, saya ada jumpa seorang kenalan namanya abang Sham di stesen TV sebelah yang jaga bahagian drama, dia bagi tahu yang nama saya tak pernah di blacklist pun, bila saya dengar itu, waktu itu momen yang buat saya rasa bersyukur sangat-sangat,” tambahnya.
Sementara itu, aktor berusia 30 tahun itu berkata dia juga sudah pun menyertai satu kumpulan tabligh dan mengakui selasa dengan penyertaan itu.
“Bila ada satu turning point telah berlaku dalam hidup saya , kemudian saya fikir sesuatu perkara yang saya buat hanya kerana Allah dan tak boleh ikut kepala otak sendiri.
“Bila niat saya kerana Allah segalanya berjalan dengan lancar. Saya ada juga join satu kumpulan tabligh daripada Bangladesh, dekat situ saya rasa sangat gembira dan saya menyukainya.
“Saya pandang semua orang sekarang ini semua baik, saya yang jahat, itulah apa yang daripada pandangan sekarang ini,” tambahnya.
Remp-it 2 merupakan sambungan Remp-it yang penah dihasilkan pada 2006. Bertindak selaku penerbit, pengarah dan pelakon, Rempi-it2 turut membariskan pelakon seperti Cat Farish, Ahirine Ahirudin, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gabit Saleh dan Shahkimin.
Sinopsis:
Remp-it2 mengisahkan kesinambungan kehidupan Madi selepas kejadian yang menimpanya dan Spark dahulu. Madi sekarang bekerja sebagai seorang instruktor di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh rakannya, Roy.
Selepas kejadian itu, Madi sudah berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba professional.
Pada suatu hari, secara tidak sengaja Madi telah berentap di jalanraya dengan Ajak, iaitu orang Spark. Madi yang cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut.
Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi meneriah Madi di jalanraya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya. Berita kemunculan Madi sampai ke pengatahuan Spark yang berada di dalam penjara.
Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi. Apakah kesudahan peperangan Madi dan Spark? Saksikan Remp-it2 diseluruh pawagam Malaysia sekarang!
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video