Laman Utama
Nikmati Filem Seram Yang Mengerikan Dalam ‘Turn On The Screams’ Di Astro
Oktober ini peminat filem seram boleh menikmati filem-filem seram dari Hollywood, Asia dan tempatan terbaik dengan ‘Turn On The Screams’ menerusi Astro First, Astro Best, On Demand Store dan Astro GO.
Kempen ‘Turn On The Screams’ akan menayangkan filem-filem menakutkan antarabangsa antaranya Get Out (seram psikologi), Us (aksi seram), The Hunt (drama seram), Unfriended (aksi kuasa ghaib), The Conjuring, The Conjuring 2, Truth or Dare (seram fantasi), Doctor Sleep dan banyak lagi.
Bagi peminat filem tempatan dan Asia, anda tidak terkecuali. Saksikan filem-filem komedi seram, Kelaster dan Takut Ke Tak?, The Apartment (seram mendebarkan) dan Cerita Hantu Asrama, Tanah Kubur (seram teladan), Pee Nak 2 dan Check-in Shock (Seram Thailand), Detention (seram psikologi alam ghaib Taiwan), filem seram kegemaran Korea; Gonjiam Haunted Asylum, A Tale of Two Sisters dan banyak lagi.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah TV pintar Sony berdefinisi 4K Ultra HD, pembesar suara bluetooth Sony, fon Kepala Sony dan dompet Sony melalui peraduan 'Scream and Win' dari 23 Oktober hingga 13 November 2020 ini.
Untuk berpeluang menang, pelanggan boleh menyewa dan strim Into The Dark - Jilid 1 hingga 5, siri antologi terbaharu yang menakutkan dan menyeramkan oleh Blumhouse Television, studio penerbitan Hollywood yang terkenal dengan filem dan siri seram popular termasuk Paranormal Activity, Insidious, Sinister, The Purge, Get Out dan banyak lagi.
Into the Dark menampilkan 15 filem menghiburkan yang penuh dengan jeritan dan ketakutan khas dari Blumhouse.
Peminat filem seram boleh menyewa dan strim siri menakutkan ini yang telah menghiburkan ramai penonton di Amerika Syarikat, yang kini membuat tayangan perdana di Astro Best, On Demand Store dan Astro GO. Untuk maklumat lanjut, lawati promotions.astro.com.my.
Must-Watch Video