Highlights

Nikmati Kek Boleh Buat GEMBIRA – 10 Jenis KEK Popular Kalangan Orang Malaysia, Tengok Pasti Terliur!

gempak
Afiza Kamarulzaman
15/02/2020
12:57 MYT
Sponsor Banner
Nikmati Kek Boleh Buat GEMBIRA – 10 Jenis KEK Popular Kalangan Orang Malaysia, Tengok Pasti Terliur!
Walaupun ia bukanlah fakta saintifik yang disahkan oleh pakar. Namun, saat menikmati kek boleh merangsang mood gembira dan tenang. Fizikal kek itu sendiri sudah memberi keindahan pada pandangan mata, saat ia disuap masuk ke mulut manis dan rasanya yang enak pasti sahaja membuatkan air liurmu mengecur keriangan. Dan, ia diulang-ulang sesudu demi sesudu hingga habis sepotong kek itu.
Ada juga yang mengaitkan kek dengan kerinduan dan kenangan lalu. Contohnya, apabila membakar kek mentega di dalam ketuhar, aroma mentega itu sahaja sudah cukup mengimbau kenangan zaman kanak-kanak di mana ibu juga selalu membakar kek menggunakan dapur arang. Ada juga yang apabila membuat kek akan teringat memori indah bersama anak-anak yang selalu dijadikan aktiviti bersama pada waktu terluang.
Begitulah hebatnya juadah kek ini. ayuh, kita lihat 10 jenis kek yang sangat digemari dan popular di kalangan rakyat Malaysia. Ada satu yang menjadi kegemaran kamu juga?
10 Kek Kegemaran Rakyat Malaysia:
Kredit Foto: misspuprle.blogspot.com
1. Kek Batik
Bahan utama menggunakan biskut marrie dan milo yang sangat mudah untuk dibuat tanpa perlu dibakar. Ia kini diinovasika dengan ditambah topping coklat cair di atasnya.
Kredit Foto: Google
2. Kek Coklat
Tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak pasti menyukai kek coklat ini terutamanya yang dilimpahi coklat cair meleleh yang pasti terasa manis pahit dan lemak coklat yang enak.
Kredit Foto: joyofbaking.com
3. Kek Mentega
Atau selalu dipanggil kek butter memang sangat sinonim sebagai hidangan pencuci mulut. Malah, ia dikatakan antara kek yang senang untuk ‘jadi’ dan aromanya saat dibakar, aduhai...
Kredit Foto: wom.my
4. Kek Lapis
Kek yang popular di Sarawak ini sangat diminati rakyat Malaysia kerana rasanya yang pelbagai. Ia agak rumit untuk dibuat, maka harganya agak mahal. Selalu dijadikan hiasan meja utama meraikan tetamu.
Kredit Foto: nyonyacooking.com
5. Kek Pandan
Aroma daun pandan sememangnya disukai oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Tidak hairanlah apabila aroma itu dimasukkan ke dalam kek, ia turut menjadi kegemaran ramai.
Kredit Foto: thekitchn.com
6. Kek Keju
Walaupun ia berasal dari negara mat salleh, namun rasanya tetap disukai kebanyakan orang kita. Asasnya keju namun dipelbagaikan dengan tambahan lain yang menjadikannya sangat nyaman.
Kredit Foto: veganricha.com
7. Kek Buah
Ia antara kek mewah yang menjadi kegemaran ramai terutamanya ketika perayaan. Limpahan buah-buahan seperti ceri, prunes dan sebagainya menjadikan kek ini kaya dengan tekstur saat dikunyah.
Kredit Foto: passiomeetscreativity.com
8. Kek Marble
Ia lebih kurang sama dengan kek mentega. Yang membezakannya ialah lakaran coraknya yang seperti marble. Rasanya agak simple tetapi amat enak dan sangat nostalgik.
Kredit Foto: cikwankitchen.com
9. Kek Pisang
Ini juga antara kek marhaen yang menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu untuk dijamu kepada keluarga. Rasa pisang sebenar menjadikak kek ini sangat lazat untuk yang gemarkan buah tersebut.
Kredit Foto: Today.com
10. Kek Oren
Tidak pasti masih ramai penggemarnya atau tidak. Namun, kalau dulu-dulu ia antara kek berperisa yang menjadi para ibu untuk dihidangkan. Teksturnya seperti kek mentega atau span, cuma ditambah perasa oren.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024