,
Terkini

Nina Iskandar Bongkar Dah 20 Tahun Pakai ‘Jantung Bateri’- “Saya Pernah Kena Buli…”

Syafiqah Jalal
23/11/2022
01:40 MYT
Pelakon Nina Iskandar akhirnya bongkar bahawa dirinya sudah 20 tahun bergantung pada perentak jantung atau ‘jantung bateri’.
Menurut Nina pada mulanya berasa malu untuk mendedahkan perkara berkenaan kerana kurang keyakinan diri sewaktu kecil.
Namun kali ini, anak seni kelahiran Brunei itu pasti perkongsiannya boleh memberi manfaat kepada orang lain.
“Kalau sesiapa tak tahu, inilah pacemaker (orang melayu panggil bateri).Tidak semua orang tahu bahawa saya telah menggunakan perentak jantung sejak saya berumur 11 tahun.
“Saya pernah dibuli di sekolah menengah kerana bawa cara diri yang berbeza, dan saya akan malu untuk mengakui bahawa hidup saya bergantung 100% pada perkara kecil ini, kerana takut bahawa orang akan menilai saya.
“Apabila saya semakin dewasa, saya belajar untuk menerima hakikat bahawa kita semua istimewa dengan cara kita sendiri. Walaupun kita mungkin tidak sama, saya telah menjalani hidup saya dengan baik tetapi berbeza sedikit.
“Saya tidak malu untuk mengakuinya kerana saya tidak nampak sebab mengapa saya perlu menyembunyikannya lagi. Malah, saya bangga dengan diri saya sendiri, terpaksa hidup dengan perentak jantung 20 tahun dalam hidup saya dengan kekuatan yang saya tidak pernah tahu ada dalam diri saya.
“Saya memilih untuk melihatnya sebagai satu rahmat untuk ditakdirkan dengan cara ini,”katanya.
Nina berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik fotonya bersama perentak jantung berkenaan.
Nina kini sudah digantikan dengan perentak jantung yang baru untuk bersama dengannya lagi sepuluh tahun akan datang.
“Kepada bekas perentak jantung yang dihormati, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada saya sejak 12 tahun yang lalu (2010 - 2022).
“Dan kepada perentak jantung baharu saya, ini adalah untuk satu dekad lagi! Jom jalani kehidupan dengan sepenuhnya,” ucapnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Berita

Suspek Kes Buli UPNM Mengaku Tidak Bersalah Pijak Perut Mangsa Pakai Spike But

gempak
22/11/2024
03:55 MYT
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini.
Berita

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

gempak
19/11/2024
09:55 MYT
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.
Berita

Serangan Seksual Di Tahfiz:Hukuman Penjara 13 Tahun Bekas Guru Agama Kekal

gempak
09/11/2024
02:25 MYT
Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lepas.
Unitar