Laman Utama

“No Need Nak Menyemakkan Rumah Papa”- Serina Nak Nikah, Chef Wan Tak Mahu Sponsor

gempak
Syafiqah Jalal
05/04/2021
00:25 MYT
Sponsor Banner
“No Need Nak Menyemakkan Rumah Papa”- Serina Nak Nikah, Chef Wan Tak Mahu Sponsor
Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan mendedahkan anak perempuannya, Serina mahu bernikah selepas sambutan Aidilfitri ini.
Chef Wan memberitahu anaknya mahu mengadakan majlis pernikahannya di rumahnya, namun beliau tidak menyambut cadangan anaknya itu dengan baik.
“Baru last week Rina told me, "Pa kita buat lepas Raya boleh? Buat rumah Papa kahwin simple saja". I said to her. "Insyallah sabar".
“Di dalam hati saya berfikir… Sudah la Rina nikah di masjid pergi jemput siapa you nak jemput meraikan wedding ini and make it official sudah!
“No need nak menyemakkan rumah Papa ni with all this wedding celebration as I am alone, your nenek need some privacy and I have my 3 stodges and restaurant business,” katanya.
Chef Wan meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik foto Serina bersama dua orang anaknya.
Menurut Chef Wan lagi, dia lebih bersetuju jika anak perempuannya itu mengadakan majlis nikah ringkas di masjid.
“Bersepah orang nikah di masjid dan makan at De.Wan 1958 lepas tu.
“Time covid ini bukan boleh ramai-ramai. Jemput yang adik beradik rapat both parties sudah!,” pendapatnya.
Tegas Chef Wan, beliau sudah serik untuk menaja pernikahan anaknya dan meminta bakal suami Serina untuk membiayai majlis tersebut nanti.
“Remember to ask your future laki to pay for the function as i am not going to sponsor macam kau kahwin dulu 100%.
“Dia gatal nak kawin biar la dia yang bertanggung jawab menanggungnya.
“To be honest I just had enough of sponsoring my children wedding 100% termasuk my son sampai 2 kali.
“In the end you see what I had to suffer and endured. Enough is enough,” tegasnya.
Tambah Chef Wan berkata, apa yang penting adalah ikatan pernikahan dan lebih baik salurkan wang untuk mendirikan pelamin dan segala urusan perkahwinan untuk kebajikan masjid.
Terdahulu Chef Wan pernah memuat naik hantaran di IG yang mendakwa Serina telah berjumpa dengan belahan jiwa baharu. Begitupun, menurut Chef Wan, dia masih trauma dengan kegagalan perkahwinan pertama anaknya.
Untuk rekod, Serina mendirikan rumah tangga dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010. Namun, perkahwinan mereka tidak kekal lama dan keduanya bercerai pada 1 Ogos 2017. Hasil perkongsian hidup bersama, Serina dan Gavin dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 11 dan Isabella Saffiya, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live