Laman Utama

“No One Could Ever Compare To You…” - Anak Zainal Abidin Beri Semangat & Sokongan Terhadap Ibu

Asyikin Mayudin
26/01/2023
03:55 MYT
Isu rumah tangga bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dengan dua isterinya iaitu Datin Zalina Zaini dan penyanyi Fyna Jebat masih hangat diperkatakan.
Biarpun tiada sebarang kenyataan daripada pihak mereka bertiga, namun perkongsian video yang dikongsikan anak perempuan Zainal dan isteri pertamanya itu menarik perhatian.
Menerusi perkongsian tersebut, Zahira Aisyah berkata tiada siapa pun yang mampu menandingi dan menggantikan tempat ibunya.
“Tiada siapa yang dapat menandingi anda, tiada siapa yang boleh menggantikan anda. I love you forever my beautiful and strong mama. I miss you,” tulis Zahira.
Sebelum ini, salah seorang anak Zainal dan Zalina iaitu Zaifiq Zainal turut memuat naik foto dia dan empat orang adik-beradiknya memeluk dan mencium pipi ibu mereka.
Foto tersebut hanya disertakan kapsyen ringkas seakan-akan memberi bayangan akan sentiasa menyokong penuh ibu mereka.
“Let the picture speak for itself,” tulisnya secara ringkas.
Terdahulu, Zainal enggan memberi sebarang komen berhubung pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.
Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).
Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.
Nama Zainal menjadi sebutan ramai apabila dia berkahwin kali kedua dengan penyanyi Fyna Jebat sedangkan masih bergelar suami kepada isteri pertama, Datin Zalina Zaini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Fyna Jebat Potong Rambut Pendek, Bukan Sebab Sedih Lepas Cerai Tapi ... - "Saya Gembira Dengan Kehidupan Sekarang"

gempak
06/11/2023
07:50 MYT
Fyna masih bersahabat dengan bekas suami
Laman Utama

Zainal Abidin Dedah Status Rumah Tangga Dengan Fyna Jebat - “Pergi Makan, Berjumpa Untuk…”

gempak
22/08/2023
04:15 MYT
Akhirnya terjawab status Zainal dengan Fyna.
Laman Utama

Selepas Dikhabarkan Bercerai, 3 Bulan Fyna Tak Hubungi Ayda Jebat - "Dia Dalam Tempoh Bertenang"

gempak
07/08/2023
13:39 MYT
Fyna Jebat hilangkan diri...
Laman Utama

Nad Zainal Tegur Peniaga Online, Reka Cerita Untuk Lariskan Perniagaan - “Jaranglah Saya Nak Buka Mulut Canang…”

gempak
06/07/2023
05:55 MYT
Kan Nad dah marah.
Laman Utama

“Jangan Tanya Saya… Penat Nak Jawab” - Ayda Jebat Enggan Ulas Lanjut Isu Perceraian Fyna, Zainal

gempak
18/05/2023
07:27 MYT
Ayda dah bersuara