,
Laman Utama

“No, Saya Ada Anak Kecil Kat Rumah” - Tegas! Che Ta ‘Reject’ Berlakon Sekiranya Ada Yang Tak Vaksin!

Hanafis Haris
08/09/2021
08:27 MYT

Selebriti terkenal Rozita Che Wan tetap dengan pendiriannya untuk tidak sesekali berlakon sekiranya ada pelakon atau krew yang enggan mengambil vaksin Covid-19.

Menurut Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, setiap pelakon perlu bertanggungjawab dan mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Jika ada yang masih degil, saya rasa orang macam tu tidak bertanggungjawab.

“Tidak bertanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain. Macam saya pun, saya punya production nak roll drama ni tapi after meeting, kena make sure semua dah lengkap vaksin.

“Kalau belum lengkap, kita mintak maaflah, tak boleh ambil. Kami terpaksa ikut peraturan Finas, tak mau hanya kerana dia seorang then akan libatkan orang lain.

“Kita kena adil, kena bertanggungjawab,” katanya sebagai mengulas tindakan seorang penerbit dan pengurus produksi (PM) mengambil pelakon yang belum lengkap vaksinasi untuk memulakan penggambaran hingga mengundang kemarahan aktres Fauziah Nawi.

BACA: "So Bloody Arrogant!" - Fauziah Nawi, Michael Ang Tegur Pelakon & Produser Buat Onar Tak Vaksin Tapi Kalut Nak Shooting

Tambah Che Ta, dia juga membantah sekiranya ada pihak produksi yang masih mengambil pelakon tidak vaksin hanya semata-mata alasan kontrak

“Tak tahulah macam mana boleh lepas kalau belum dua dos dapat berlakon. Sebab kita kena hantar dua dos tu ke FINAS.

“Kalau FINAS tahu, memang lesen akan kena tarik. Macam saya, saya tak mahu ambil risiko, sebab saya ada anak kecilkan kat rumah,” katanya tegas.

Che Ta berkata demikian ketika sidang media virtual pelancaran warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya), hari ini.

Che Ta selaku duta memperkenalkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose yang turut dijayakan sempena kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA.

Sekadar info, Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority).

Pelitup muka itu juga dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA).

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Promosi Bisnes Cara Lucah, Netizen Kurang Senang Peniaga Guna Marketing Memalukan - “Boikot Sahaja!”

gempak
11/11/2024
04:55 MYT
Tular baru-baru ini beberapa video memaparkan peniaga mempromosikan donut susu dengan aksi lucah.
Hiburan

Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”

gempak
08/11/2024
21:55 MYT
Pengakuan Jefri Nichol mengenai dirinya pernah tidur dengan wanita-wanita yang menjadi kekasihnya menerima kecaman dalam kalangan netizen.
Viral

Tidak Pernah Berlaku, Salji Turun Di Wilayah Al-Jawt Arab Saudi

gempak
08/11/2024
20:45 MYT
Arab Saudi dikenali sebagai negara dengan iklim gurun panas atau gersang.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hollywood

Heidi Klum Suka Berpakaian Seksi, Bangga Tayang Badan : “Saya Hanya Mahu Bergembira”

gempak
08/11/2024
14:55 MYT
Bintang Hollywood Heidi Klum sudah berusia 51 tahun dan dia mengaku masih gemar berpakaian seksi serta mempamerkan bentuk tubuhnya.
Unitar