Stesen radio ERA berjaya mengekalkan kedudukannya apabila menjadi stesen radio paling berpengaruh dengan meraih 5.4 juta pendengar.

Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran di akaun Instagram ERA.je pada petang Rabu.

“Masih kekal nombor syatuu di Malaysia dengan 5.4 JUTA pendengar! Ini bukan sembang, ini real punya!

“Thank you korang yang tak henti strim dan support ERA dan sebab korang, ERA mash lagi nombor SYATUU!!” maklum kenyataan itu.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata pendengar mengucapkan tahniah kepada stesen nombor satu negara itu.

Antara komen yang diterima:

“Tahniah guys masih nombor syatu, the real nombor syatu,”

“Tahniah ERA, memang selalu dengar ERA di 1998, masa tu saya tingkatan 3,”


“Horey, tahniah kekal nombor satu lagi,”

“Nombor syatu lah dik! Forever my fav radio,”


Dengan ini terbukti ERA masih lagi menjadi pilihan negara, terima kasih pendengar atas sokongan anda.