Laman Utama
‘Nomi’ Dah Tak Tunggu ‘Jibek’ Lagi, Sebab Jibek Dah Tak Balik Terus…” – Noorkhiriah
Pemergian aktor Benjy semalam (Ahad) mengejutkan ramai pemain industri, tambahan lagi para pelakon yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham.
Turut terkesan, pelakon Noorkhiriah yang pernah berlakon dalam drama bersiri Kerana Cintaku Saerah bersama Allahyarham Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy.
Drama arahan Shahrulezad itu antara yang paling popular pada tahun 2007 yang menampilkan Benjy sebagai Jibek, Noorkhiriah sebagai Nomi dan Datin Umie Aida memegang watak Saerah.
Noorkhiriah menerusi hantarannya di Instagram telah memuat naik potongan video yang menayangkan babak penuh emosi Jibek.
Dia turut menitipkan kata-kata pilu pada hantaran tersebut, selain menggunakan tanda pagar #jibekdalamkenangan dan #jibeknomi untuk mengenang pemergian mengejut Benjy itu.
“Nomi dah tak tunggu Jibek lagi..Sebab Jibek dah tak balik terus..Semoga Jibek bahagia tak ada sedih-sedih lagi…
"Nomi doakan Jibek bahagia di rumah baru. Al-Fatihah sahabat," tulisnya.
Hantaran itu telah mendapat lebih 146,000 tontonan dan menerima hampir satu ribu komen daripada pengikutnya di platform media sosial itu.
Must-Watch Video