Viral

"Nonsenselah! Tak Perlu Kaitkan Saya Dengan Emma" - Uqasha Senrose

gempak
Amri Hassan
12/02/2019
18:32 MYT
Sponsor Banner
"Nonsenselah! Tak Perlu Kaitkan Saya Dengan Emma" - Uqasha Senrose
Pelakon cantik Uqasha Senrose menyifatkan tindakan orang ramai mengaitkan dia sebagai pencetus golongan selebriti membuka tudung adalah tidak masuk akal.
Jelas pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu, tindakan individu lain tiada kena mengena dengan dirinya.
"Kau punya hal, aku punya hal dan tak ada kena mengena dengan saya. Jangan kaitkan dengan saya pula.
"Nonsense-lah! Mulut budak-budak biasanya akan cakap macam itu. Kalau berfikir secara terbuka, terimalah dan anggap itu satu ujian untuk dia pula," ulasnya.
Uqasha yang ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan C Clean Serum di Hotel Grand Millenium Kuala Lumpur semalam akui menjadi adat manusia akan menuding jari terhadap kesalahan orang lain.
"Lumrahlah orang nak kaitkan tetapi jangan sampai memudaratkan perasaan orang lain.
"Bagi saya, dosa setiap manusia berbeza-beza, saya ada bahagian saya sendiri dan mungkin ujian dia berbeza atau lebih berat daripada saya.
"Bagi saya tak perlu ambil tahu apa kata-kata orang dan sentiasa husnuzon (bersangka baik)," tambahnya.
Namun, Uqasha menerima setiap nasihat, teguran dan pandangan orang sekeliling dengan hati terbuka.
"Sampai sekarang pun orang masih bercakap mengenai tindakan saya buka tudung. Tetapi demi kebaikan kita, saya terima.
"Kalau orang tak bercakap nanti kita lupa diri juga. Jadi, perlu untuk orang menegur kita supaya sentiasa beringat," ujar pelakon filem Hantu Kak Limah itu lagi.
Uqasha pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindak nekad membuka tudung sekitar tahun 2016 selepas tiga tahun berhijab.
Terbaharu, pelakon Emma Maembong pula mencuri perhatian umum apabila bertindak sedemikian setelah lima tahun bertudung litup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024