Laman Utama

Noor Nabila Padam Gambar Suami, Namun Ini Pula Yang Ditemui Di IG Engku Emran

Syafiqah Jalal
31/07/2022
22:52 MYT
Sebelum ini rumah tangga usahawan yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa, Noor Nabila pernah menjadi teka teki selepas dilihat tidak lagi memuat naik foto suaminya, Engku Emran ke media sosial.
Pun begitu Noor Nabila ketika itu menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu rumah tangganya bersama suami berada dalam keadaan baik.
Kata Nabila, dia memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka daripada tatapan umum dan tidak berkongsi gambar di media sosial bukan bermaksud rumah tangganya retak

Namun terbaharu apa yang mengejutkan dan memusykilkan Noor Nablia dilihat telah memadamkan kesemua foto bersama Engku Emran di Instagram.

Malah jika ditinjau kembali sejak Hari Raya Puasa hingga ke Raya Korban dia dilihat tidak memuat naik foto bersama suaminya sebaliknya hanya berdua dengan anaknya, Jebat Jayden.
Gempak kemudian membuat tinjuaun ke akaun Instagram suaminya dan kelihatan foto mereka berdua masih lagi wujud.

Pun begitu kali terakhir dilihat Engku Emran memuat naik foto mereka berdua ketika hari ulang tahun perkahwinan mereka Mac baru-baru ini.

Dalam foto itu kelihatan mereka seperti baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah.
Status rumah tangga mereka masih menjadi tanda tanya apabila sehingga kini masing-masing hanya berdiam diri.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 19 Mac 2021 dalam sayu majlis yang cukup ringkas tetapi meriah.
Untuk rekod, Noor Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Manakala Engku Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan selebriti terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2017 namun ikatan itu juga berakhir dengan perceraian pada 2020.
Bagaimanapun Engku Emran mempunyai seorang anak Engku Alisya ketika berkahwin dengan selebriti terkenal Erra Fazira.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zamarul Hisham Masih Terima Mesej Berbaur Godaan - “Pelik Juga, Sekarang Ramai Minat Suami Orang”

gempak
26/07/2024
12:55 MYT
Pelakon, Zamarul Hisham mengakui masih menjadi ‘buruan’ peminat yang menggodanya walaupun usianya sudah menjangkau 53 tahun.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Hiburan

Dakwaan Harith Iskander Berlaku Curang, Bekas Isteri Pilih Untuk ‘Tutup Buku’ - “Apa Yang Penting, Kami Memaafkan Antara Satu Sama Lain”

gempak
25/07/2024
06:25 MYT
Susulan pengakuan pelawak Harith Iskander yang mengakui rumah tangga retak akibat kesilapan sendiri mengundang pelbagai spekulasi netizen yang ada antaranya mendakwa ia kemungkinan melibatkan kecurangan.
Hiburan

Perceraian Jalan Terakhir, Harith Iskander & Bekas Isteri Sudah Cuba Pelbagai Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga - “Ketika Melafazkan Talak, Sudah Pastinya…”

gempak
25/07/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander memberitahu dia dan bekas isterinya iaitu Dr Jezamine Lim sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Hiburan

Harith Iskander Sah Cerai Talak Satu, Tetap Jalinkan Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri - “Punca Dia, Biasalah Tiada Persefahaman…”

gempak
25/07/2024
04:44 MYT
Rumah tangga Harith Iskander dan Dr Jazemine Lim yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perceraian selepas pelawak itu melafazkan cerai talak satu.