Rakyat Malaysia sudah mula menggunakan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan selepas membenarkan beberapa kemudahan kepada individu yang lengkap vaksinasi termasuk makan di restoran.

Antaranya, pelakon Nora Danish apabila dilihat memuat naik fotonya bersama suami, Nedim Nazri serta anak-anak mereka berada di restoran untuk menjamu selera.

Nora yang berkongsi foto tersebut di Instagram miliknya memberitahu ia merupakan acara makan malam bersama anak-anak sebelum sekolah bermula.

Dinner out with the boys before school starts,” tulisnya dalam kapsyen.

Entri berkenaan bagaimana pun mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempertikaikan pasangan itu keluar makan di restoran dengan membawa anak-anak kecil.

“Sana dah boleh dine-in bawa anak keluar ramai-ramai macam ni ke?” persoal salah seorang pengikutnya.

“Tak logik seolah olah vaksin tu boleh pakai bluetooth,” komen salah seorang netizen.

Pun begitu entri berkenaan telah mendapat perhatian suaminya Nedim atau turut dikenali sebagai Boss Ned yang seolah-olah menempelak kembali persoalan netizen berkenaan.

“Allah bagi otak untuk fikir dan bila KKM & MKN bagi announcement rajin lah membaca , Kalau malas baca jadi bodoh. Jangan comment ..

“Masuk ke website MKN dan sila baca ..Kanak-kanak bawah 17 tahun harus ditemani oleh ibu bapa ..
sekian,” balasnya.



Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 39, mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggil Ney Ney.

Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan bercerai dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak Putra Rayqal.

Sementara Boss Ned mempunyai seorang anak dari perkahwinan sebelumnya iatu Mohamed Nedrin.

A post shared by naOradaishi (@noradanish)