gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Norman Hakim Dedah Menipu Salah Satu Strategi Poligami?

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
18/02/2021
07:49 MYT
Sponsor Banner
Norman Hakim Dedah Menipu Salah Satu Strategi Poligami?
Pelakon Norman Hakim mengaku menipu merupakan salah satu strategi suami dalam hidup berpoligami.
Pengakuan itu dibuat Norman yang membawakan watak sebagai Jayden dalam drama bersiri The Maid dalam video pengakuan episod enam.
“Kalau korang nak tahu, menipu merupakan salah satu strategi suami yang hidup dalam poligami,” katanya.
Menerusi video pengakuan itu, Jay ditanya mengapa dia menipu dadu yang dibaling apabila didedahkan sebenarnya dadu itu mempunyai jumlah nombor yang sama.
Selain itu, Datin Eina Azman pula yang membawakan watak sebagai Nadia isteri kedua Jay turut mendedahkan mengapa dia menipu mengenai kehamilannya.
Menariknya dalam video pengakuan ini juga, Sherry Alhadad sebagai Suhana juga meluahkan rasa tidak puas hati kepada madu-madunya. Kenapa pula?
Jangan lupa saksikan video pengakuan The Maid episode 6 di bawah:
Saksikan drama The Maid setiap hari Rabu, pada jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.
The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Norman Hakim
#Suami
#Poligami
#The Maid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement