Laman Utama

Norman Hakim Restu Anak Ceburi Bidang Seni - "Cuma Nasihat Saya..."

gempak
Syafiqah Jalal
16/11/2022
01:30 MYT
Sponsor Banner
Norman Hakim Restu Anak Ceburi Bidang Seni - "Cuma Nasihat Saya..."
Aktor bertubuh sasa, Norman Hakim bersikap terbuka jika anaknya, Mohamed Danish Hakim, 19, dan Marissa Dania Hakim, 17, mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni.
Norman, 46, berkata dia merestui kedua-dua anaknya itu memasuki bidang tersebut supaya mereka mendapat pendedahan mengenai realiti industri hiburan.
"Saya terbuka, pada saya biar mereka belajar dan timba pengalaman dalam bidang ini. Cuma, nasihat saya apabila sudah melangkah masuk, teruskan bersunguh-sungguh.
“Saya tak halang dan yakin, jika disertakan minat dan kesungguhan, mereka dapat membina nama atas bakat sendiri. Itu yang saya ingin lihat. Insya-Allah mereka boleh,” katanya kepada Astro Gempak.
Norman ditemui ketika majlis pelancaran dan perlantikannya sebagai duta produk baru, Ecolite.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan kedua-dua anaknya itu, Norman memaklumkan, Danish dan Marissa sudah mula ada perancangan mereka sendiri untuk bertapak dalam industri.
"Sebenarnya Danish menyertai program satu lakonan di sebuah stestn TV itu hanya kebetulan.Ketika itu dia hadir untuk ujibakatan namun dia sendiri tidak jangka akan terpilih.
“Marissa pula akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tidak lama lagi. Namun dia sudah mempunyai perancangan untuk mendalami bidang kecantikan.
"Apa-apa pun biarlah dia habiskan pelajaran dulu, kita tengok nanti bagaimana,” jelasnya.
Norman mengikat perjanjian sebagai duta Ecolite selama setahun selepas meyakini produk terbaharu Ecolite Waist Tonic.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024