Laman Utama

Nostalgiknya! Bila Balik Kampung Ini 5 Perkara Wajib Kena Buat! Nombor Last Tu Paling Indah!

gempak
Hanafis Haris
18/04/2022
18:26 MYT
Sponsor Banner
Nostalgiknya! Bila Balik Kampung Ini 5 Perkara Wajib Kena Buat! Nombor Last Tu Paling Indah!
Bayangkan jika dua tahun tidak dapat pulang ke kampung, apatah lagi untuk menikmati suasana berbuka puasa atau menyambut hari raya bersama keluarga.
Sedih bukan? Perit, kecewa, kesal, semua ada!
Namun itulah pengorbanan kita semua sepanjang dua tahun bagi memastikan fasa endemik tercapai.
Hasilnya? Tahun ini kita semua boleh berbangga apabila akhirnya dapat menyambut Ramadan dan Syawal dengan gembira! All out!
Namun apa agaknya perkara yang perlu dilakukan ketika pulang ke kampung halaman?
Berikut lima perkara wajib anda perlu buat! Anda pasti akan tersenyum bila melihat momen-momen ini!

#1 Bangun Sahur Feel Kampung!

Jangan tipu! Feel bersahur di rumah sendiri dengan kampung pasti jauh berbeza.
Bau dan suasana kampung itu, kesejukan desa, ditambah pula bunyi-bunyi cengkerik, semuanya berbeza.
Malah jika ada kanak-kanak di kampung pasti lebih meriahlah melihat gelagat mereka bangun sahur.
Paling geram apabila ada adik-beradik yang susah betul nak bangun sahur. Tunggu mak panggil baru bangun kot!
Apapun, masakan sahur mak paling sedap!

#2 Teman Mak Ke Pasar

Apabila pulang ke kampung, perkara utama dan paling penting kenalah ‘ringan tulang’.
Pulang ke kampung bukan bermaksud membebankan ibu bapa atau duduk bersenang -lenang.
Sebaik saja bersahur dan solat subuh, apa kata rajinkan diri teman ibu anda ke pasar.
Masa inilah nak luangkan masa dengan ibu tersayang.
Opss, tapi jangan lupa bayar barangan dapur tu. Sekali sekala kan! Cuba okay!

#3 Kemas & Cat Rumah

Ini wajib buat! Kalau ada adik beradik ramai pasti lebih meriah dan gamat. Riuh satu rumah dibuatnya.
Apa yang anda perlu lakukan adalah mengemas rumah apa yang patut seperti mencuci tingkap, tukar langsir dan membuang segala habuk-habuk di rumah.
Mahu lebih seronok, apa kata semua adik beradik bergotong royong mengecat rumah.
Dua tahun tak balik, pasti lebih seronok dan gamat kalau ‘make over’ rumah dengan warna raya!
Pasti mak ayah tersenyum gembira melihat anak-anak saling bantu membantu.

#4 Solat Jemaah & Tarawih

Mungkin ada yang tak sedar, tetapi momen kita bersolat jemaah bersama keluarga sangat priceless.
Ketika inilah semua bersama-sama menunaikan ibadah dengan khusyuk.
Untuk solat Tarawih pula, rasanya tahun ini semua beragama Islam dapat solat dengan saf tanpa penjarakan sebelum dua tahun sebelum ini. Syukur!
Jadi jangan lepaskan peluang momen ini. Nak lagi best lepas tarawih satu keluarga singgah moreh!
Apa itu moreh? Moreh adalah jamuan di masjid atau surau dalam bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus!

#5 Berbuka puasa!

Ini antara paling ditunggu-tunggu! Paling seronok, meriah dan yang pastinya….kenyang!
Masa inilah semua berlumba-lumba menikmati makanan atau juadah berbuka. Silap-silap penuh satu meja dengan pelbagai pilihan makanan.
Selain itu, berbuka confirm lagi menyelerakan jika masing-masing turun padang untuk memasak, takpun, pesan Foldover!
Yes! Menu ikonik McDonald's yang hanya muncul pada bulan Ramadan!
Seperti tahun, McDonald's akan meraikan bulan Ramadan dengan kehadiran hidangan kegemaran ramai, FoldoverAyam dan Foldover Daging.
Tambah menarik, bagi memeriahkan lagi Ramadan, McDonald's menawarkan Promosi 30 Hari Meriah dengan penjimatan hingga 50% bermula 3 April hingga 2 Mei.
Jadi, jemput berbuka di McDonald's berdekatan anda, atau pesan di McDelivery atau Pandu Lalu je.
Selain itu, keindahan Ramadan dengan berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan tersayang turut mengilhamkan McDonald's Malaysia untuk menghasilkan sebuah filem pendek bertajuk Kak Long Balik Muar.
Menariknya filem pendek ini dibintangi pelakon hebat dan popular seperti Nadiya Nisaa, Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair dan ramai lagi.
Ia mengisahkan bagaimana kecohnya keluarga Kak Long menyambut kepulangannya setelah dua tahun tidak dapat menyambut Ramadan bersama kerana pandemik dan sekatan perjalanan yang ditetapkan. Kecoh gelagat keluarga, daripada mak hinggalah ke adik-beradik semuanya nak memastikan kepulangan Kak Long disambut dengan meriah serta sempurna.
Kita dapat saksikan banyak adegan mencuit hati dan pernah lalui tetapi pada masa sama tetap memberikan makna begitu mendalam!
Bukan kemewahan yang dinanti, bukan persiapan yang dirai tapi kehadiran semua di sisi.
Jadi apa tunggu lagi? Anda boleh tonton Kak Long Balik Muar! di YouTube McDonald's Malaysia.
Sambil tonton tu, jangan lupa berbuka dengan keluarga dan insan tersayang di McDonald's dengan menu ikonik Foldover Ayam dan Foldover Daging. Anda boleh terus order di https://www.mcdelivery.com.my/my/ atau Pandu Lalu je.
Indahnya Ramadan Bersama McD!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live