Terkini

Novelis Romantik Veteran Ambil Nyawa Sendiri, Minta Peminat Tidak Bersedih

gempak
Maliah Surip
07/12/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Novelis Romantik Veteran Ambil Nyawa Sendiri, Minta Peminat Tidak Bersedih
Seorang novelis romantik terkenal China, Chiung Yao dilaporkan meninggal dunia selepas membunuh diri.
Yao berusia 86 tahun sewaktu mengambil nyawa sendiri ditemui di kediamannya di Taipei pada Rabu, lapor media tempatan.
Taiwan's Central News Agency mendakwa penulis veteran itu mati kerana bunuh diri namun tidak menyatakan bagaimana aksi tersebut dilakukan, lapor BBC.
Mendiang dikatakan telah meninggalkan nota kepada setiausahanya agar memeriksa kediamannya pada tengahari. Setiausaha Yao menghubungi ambulans sebaik menemui tubuh wanita itu.
Menurut laporan sama, Yao sempat menulis di akaun Facebook dengan mengucapkan selamat tinggal kepada pengikutnya.
“Selamat tinggal kesayanganku. Saya rasa bertuah kerana telah bertemu dengan anda semua dalam kehidupan ini,” tulisnya.
Mendiang juga menasihatkan agar generasi muda tidak berputus asa dengan kehidupan sehingga berusia 86 atau 87 tahun. Yao turut dilaporkan meminta peminat tidak bersedih untuknya.
Yao menjadi terkenal selepas memulakan karier pada usia 18 tahun. Novel perdananya, Outside The Window yang diinspirasikan daripada kisah percintaan dengan guru di sekolah menengah telah menjadikan Yao popular.
Sepanjang pembabitan sebagai novelis Yao sudah menghasilkan lebih 60 naskhah dengan kebanyakannya telah diadaptasi ke kaca televisyen dan menjadi popular.
Selain terkenal sebagai novelis, Yao juga berjaya menjadi penulis layar dan pengarah. Salah satu karya popularnya adalah My Fair Princess.
Mendiang lahir di Chen Che di Sichuan, China pada 1938. Chiung Yao adalah nama penanya. Yao bagaimanapun tidak lagi aktif beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun namanya sempat hangat pada 2017 selepas berlaku pertikaian di antara dirinya dengan anak tiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024