Penyanyi, Stacy Anam kini kembali menunjukkan bakat tariannya dengan lagu solo K-Pop popular nyanyian Lisa BLACKPINK berjudul Lalisa.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Stacy berkongsi video pendek merakamkan dirinya sedang menari mengikut rentak lagu Lalisa.

“Sesi perah peluh sambil asah groove. Ntah betul kah tidak step yang aku buat tu. I shy lah dance-dance ni bila tiada audiences. Cinggg! Tiber eh!” tulisnya.

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa rindu untuk melihat Stacy kembali beraksi.

Bukan itu sahaja, mereka juga memuji kemahiran Stacy walaupun sudah lama tidak melihat isteri kepada penyanyi Akim Ahmad itu menari.


Sekadar info, Stacy digelar sebagai ratu tari Malaysia kerana kelincahannya di atas pentas sewaktu membuat persembahan sambil menari.

Manakala lagu Lalisa pula merupakan lagu popular Lisa BLACKPINK dengan tarian memukau sehingga netizen juga turut memuat naik aksi mereka melakukan tariab tersebut dengan tanda pagar #lalisadanchallenge