Laman Utama
Oh Ingatkan Kenapa! Rupanya Ini Alasan Lisdawati, Fauzi Nawawi Tiba-Tiba Bersanding Lagi
Disebabkan mahu kelihatan menutup aurat dengan sempurna, pelakon Lisdawati sanggup bersanding sekali lagi bersama suami, dramatis Fauzi Nawawi bagi menggantikan foto perkahwinan lama mereka.
Lisda berkata, dia berasa sedikit terkilan memandangkan gambar yang dirakam sekitar 15 tahun lalu tidak dapat dikongsikan kerana ketika itu dia belum lagi mengenakan hijab.
“Sebenarnya dah lama saya rancang untuk ambil foto perkahwinan baharu sebab waktu mendirikan rumah tangga dulu, saya masih belum menutup aurat dengan sempurna. Jadi susah nak kongsi (gambar).
Advertisement
“Jadi sempena dengan majlis ulang tahun kelahiran ke-44 yang berlangsung hari ini (kelmarin), saya buat sekali lagi majlis persandingan.
“Sebab apa yang penting adalah gambar-gambar ini yang akan dijadikan sebagai kenangan,” katanya.
Lisda berkata, pada majlis persandingannya dulu, dia mengenakan persalinan berwarna hijau dan songket berona kuning.
Bagaimanapun, untuk persandingan kali kedua, Lisda memilih busana berwarna biru untuk gambar ‘majlis nikah’ dan songket putih untuk resepsi.
“Majlis yang saya adakan ini ringkas sahaja, bukan secara besar-besaran. Momen gambar itu yang penting. Saya buat juga video untuk kenangan cucu dan cicit saya nanti.
“Justeru, selepas ini, kalau nak guna gambar perkahwinan saya, boleh guna yang terkini,” jelasnya.
Untuk rekod, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi, 50, pada 9 September 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14, Nur Aina Fazneesya,13, Ahmad Nur Fyrdaus, 8, dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.
Lisdawati juga mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 27, Fareez Hazwan, 25, Nurul Hana Farisya, 23, dan Mohd. Fikri Hakimi, 20.
Kredit foto: Huzairie Muhamad Rais (Instagram: @zairiiee._)
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Must-Watch Video