Pengacara MeleTOP, Noor Neelofa Mohd Noor mengambil pendirian untuk menyokong setiap keputusan yang diambil oleh kakaknya, Noor Nabila.
Sebentar tadi, Nabila berkongsi foto dipercayai di ambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Perkara itu membangkitkan pelbagai spekulasi dan ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.
BACA: http://www.gempak.com/artikel/23800/muat-naik-foto-di-mahkamah-syariah-noor-nabila-fail-perceraian
“Saya tahu saya orang pertama yang akan ditanya mengenai perkara itu kerana saya duduk serumah dengan mereka, tetapi bila bercakap mengenai soal rumah tangga, tak adil untuk saya mengulas berhubung soal terbabit.
“Tetapi, saya nak semua orang tahu saya akan menyokong apa sahaja tindakannya, asalkan kakak saya gembira.
“Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakang Nabila dalam apa jua situasi,” katanya kepada Gempak.
Neelofa ditemui di majlis pelancaran serum Advanced Genifique Lancome di Centre Court, Pavilion sebentar tadi.
Ditanya mengenai perasaannya ketika ini, Neelofa tidak menafikan Nabila sudah melalui pelbagai dugaan.
“Oh Tuhan, dia telah melalui macam-macam dugaan... Tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Apa yang boleh saya cakap, dia seorang yang sangat kuat dan dia berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam perkahwinannya. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan segalanya,” katanya lagi.
Apabila ditanya lebih lanjut mengenai gambar yang dimuat naik kakaknya itu, Neelofa ada jawapan tersendiri.
“Spekulasi yang dibuat oleh netizen adalah suatu perkara normal dan saya tahu Nabila boleh mengendalikannya. Nantikan sajalah," katanya mengakhiri temu bual tersebut.
Syafiqah Jalal
Thu Aug 29 2019


Taylor Swift Kini Bergelar Dr., Terima Ijazah Kehormat - "Saya Rasa Tak Layak Langsung ..."
Penyanyi popular Taylor Swift, 33, menerima pengiktirafan Doktor Kehormat dan hadir berucap di acara konvokesyen Universiti New York pada Khamis.

Ramai Menangis Cikgu Kongsi Terima 3 Biji Kismis, Nasi Goreng Telur Sebagai Hadiah Hari Guru
Sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2022 ternyata masih diraikan dalam kalangan pendidik dan anak anak murid.

“Aku Tak Involve Tapi…”- Puji Tiga Janda Melawan Dunia, Pengarah Razaisyam Berani Bagi Refund Balik Duit Tiket Kalau Rasa Tak Berbaloi!
Razaisyam Berani Bagi Refund Balik Duit Tiket Kalau Rasa Tak Berbaloi!

“Wanita Belum Kahwin Tolong Jauhi Lelaki Kolot & Selfish Macam Ni” – Dr Say Bidas Lelaki Tular Lebihkan Kawan Dan Abaikan Isteri
Ramai yang geram isu lelaki dakwa isteri tak bagi melepak.

MATEEN & HADI - Operasi Nak Raya | Di Sebalik Tabir
Korang nak tahu macam mana Mateen & Hadi di sebalik tabir? Jom kita saksikan video penuh ni sekarang! #Mateendanhadi

“Sebelum Tu Ustaz Bacakan Doa Hembuskan Pada…”- Netizen Dakwa Ustaz Kazim Prank, Makeup Artist Tampil Jelaskan…
Makeup Artist Tampil Jelaskan…

Nekad Buktikan Duit Tu Bukan Palsu, Usahawan Belanja Bayarkan Barang Dapur! Cash!
Mereka hidup bukanlah menggunakan duit palsu.

Azeem Fahmi Sah Melakukan ‘False Start’, Netizen Tetap Beri Sokongan - “Tak Per Dik, Bangga Kau Dah Sampai Sana”
Come back stronger Azeem.

Bercinta Dengan Suami Orang, Pelakon India Tragis Ditemui Tergantung... Keluarga Dakwa Bukan Bunuh Diri!
Pelakon drama India, Pallabi Dey, 21, ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kolkata, India pada 15 Mei lalu dalam keadaan menggantung diri.

Strim Morbius Di Astro & Berpeluang Menang Hadiah Best Ini!
Pelanggan Astro boleh sewa dan strim filem aksi-pontianak Marvel, Morbius, ditayangkan bermula 19 Mei 2022 di Astro Best (Saluran 481), On Demand dan Astro GO.