,
Laman Utama

#OhAbeNik: Artis Beri Sagu Hati, Peminat Kenalah Hargai!

Amri Hassan
12/06/2021
14:55 MYT
Giving back to society! Bukankah itu yang sepatutnya figura awam lakukan selepas sekian lama dibantu, diangkat, dijulang oleh orang ramai?
Ramai yang sering terleka, mengandaikan reputasi yang dibina atas dasar populariti (misalnya artis) berkat usaha sendiri.
Walhal, titik tolaknya jika tiada penyokong, tiadalah nama itu.
Musim pandemik yang serba mencabar ini Abe Nik perhatikan ramai selebriti yang tampil melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu orang ramai.
Bagi yang berkemampuan, bantuan kewangan menjadi wardah penghubung nurani dengan orang awam ataupun peminat mereka.
Abe Nik kongsikan semula sikap merendah hati dan pemurah beberapa selebriti tempatan sepanjang minggu ini yang berkongsi rezeki dengan peminat dalam pelbagai cara.
1. Michael Ang beri RM500 untuk self lockdown
Penerbit dan pengarah terkenal Michael Ang memberikan RM500 kepada 10 orang pengikut laman sosialnya yang berjaya duduk di rumah melakukan self lockdown dalam tempoh tujuh hari.
Ia dipilih secara rawak berdasarkan cabaran yang Michael sendiri laksanakan awal minggu ini.
BACA: "Maaf Sangat Sebab..." - Tunaikan Janji, Michael Ang Beri RM500 Kepada 10 Orang Berjaya Self Lockdown!
2. Wawa Zainal beri RM200 kepada pelajar cemerlang SPM
Sempena pengumuman keputusan SPM 2020 baru-baru ini, pelakon dan usahawan Wawa Zainal menghadiahkan saguhati RM200 kepada pelajar yang mendapat keputusan 7A ke atas.
BACA: Raikan Kejayaan Pelajar SPM, Wawa Zainal Beri RM200 Seorang Sebagai Reward
3. PU Riz hadiahkan RM300 pelajar cemerlang SPM
Selain Wawa, pendakwah bebas PU Riz atau Haris Ismail antara yang tampil menghulurkan saguhati kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 5A ke atas SPM 2020.
PU Riz meminta pelajar menunjukkan bukti slip keputusan SPM menerusi mesej langsung di Instagramnya.
"Setiap seorang akan dapat RM300, saya mahu berkongsi rezeki sekali gus memberikan galakan kepada mereka untuk berusaha pada masa akan datang," katanya.
4. Neelofa sumbang katil hospital
Pengacara dan usahawan popular Neelofa membantu entiti barisan hadapan dengan memberikan sumbangan berupa kelengkapan katil untuk Hospital Melaka bernilai hampir RM100,000.
Pemberian itu antara sumbangan pertama diusahakan sendiri Neelofa atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan terhadap peningkatan kes COVID-19.
Selain itu, Neelofa menyarankan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi pertubuhannya.
BACA: Neelofa Beri Bantuan COVID-19 Berjumlah Ratusan Ribu Ringgit, Hospital Melaka Menjadi Penerima Sumbangan Pertama
Diharapkan ini bukan inisiatif terakhir para selebriti dan semoga lebih ramai lagi yang akan tampil menghulurkan sumbangan kepada orang awam dan peminat yang memerlukan.
Tidak kira ia sebagai hadiah, ganjaran, sumbangan, bantuan atau sedekah, dalam apa juga cara, setiap ucapan terima kasih itu diangkat sebagai doa dan rahmat Allah.
Ingatlah, tangan memberi lebih mulia daripada yang menerima.
Dan peminat atau orang awam pula hargai pemberian orang tidak kira dari artis atau sesiapa sahaja. Sucikan hati dan bersangka baik.
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Hiburan

“Takkanlah Tak Nampak Lagi Dia Memang Nak Kau Orang Kutuk Dia” - Michael Ang Minta Jangan Layan Trend Old Money

gempak
13/11/2024
06:55 MYT
Pengarah Michael Ang tampil memberikan pandangan mengenai trend ‘old money’ yang menjadi tular di media sosial.
Berita

Demi Keluarkan Duit Nak Bayar Rawatan, Lelaki Sakit Tenat Terpaksa Ke Bank Sambil Diusung Bersama Katil Hospital Untuk Lakukan Pengesahan Identiti

gempak
09/11/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki yang sedang sakit tenat dibawa ke cawangan bank tempatan bersama katil hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan identitinya bagi tujuan transaksi wang.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Unitar