Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang akhirnya menunaikan janjinya untuk memberi RM500 seorang kepada 10 orang pengikut laman sosialnya yang berjaya duduk di rumah atau ‘self-lockdown’ selama tempoh tujuh hari.

Michael memilih 10 orang itu dari pengikutnya akaun Instagram (IG) miliknya secara rawak kepada yang menurunkan komen dan mengaku sudah berjaya menyahut cabaran itu.

“Salam semua. As promised! Just comment here yang you dah laksanakan self-lockdown okay dan nanti 12 midnight kita akan pilih pemenang!” katanya.

Pengarah Dia Semanis Honey itu berkongsi perkara tersebut malam semalam.

BACA: Michael Ang Beri RM500 Kepada Individu Yang Lakukan Kuarantin Kendiri

Selepas jam 12 malam tadi, Michael telah menyenaraikan 10 nama pemilik akaun IG yang dirasakan telah berjaya menyahut cabaran tersebut.

“I pilih sepuluh orang ni. Pada yang lain I mintak maaf sangat sebab ini saja I mampu.

“But I am happy sedikit sebanyak dapat mengalak you all untuk buat self-lockdown! Love you all and be safe,” beritahunya.

Usaha Michael itu dipuji ramai kerana sedikit sebanyak membantu kerajaan dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau total lockdown sejak 1 jun hingga 14 jun depan.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)