VIRAL
Ojen Kecewa Jadi Mangsa Penipuan Personal Shopper - “Niat Nak Bantu Kongsi Rezeki, Hujungnya Kena Scammed Dengan PS Sendiri…”
Personaliti media sosial dan usahawan, Ojen Aiwahhh akui kecewa apabila niat untuk membantu seorang wanita yang menawarkan khidmat sebagai 'personal shopper' bagi perniagaan kunafah miliknya telah disia-siakan.
Dakwa kena scam ratusan ribu
Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 29, mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan wanita itu yang membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM246,611.“Niat nak bantu PS, buka platform cari rezeki berkongsi rezeki sama sama dengan PS. Hujungnya, kena scammed dengan PS sendiri.
“Makan tau, ini jadi darah daging tau. Strong kau Ojen Aiwahh, doa mama betul betul strong. Allah huraikan one by one. Allah akan gantikan dengan sesuatu lebih besar kau tengoklah Ojen,” luahnya menerusi hantaran di Insta Story.“Punyalah Ojen back up PS selama ni, punyalah warning customer supaya berhati hati, hujung hujung diri sendiri end up being scammed. “Allahuakbar kecewa betul rasa, penat tau niaga tour macam ini, penat tau nak kumpul duit. Staff aku ramai tau, kau boleh selamba sahaja scammed ratus ribu.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Menunjuk Pun” - Ojen Aiwah Akui Upah Pengawal Peribadi Untuk Menjaga Keselamatan
ARTIKEL BERKAITAN:Dakwaan Bergaduh Tak Benar! Cik Epal & Ojen Masih Berkawan, Anas Zahrin Jadi Bukti - “Kami Jarang Berjumpa Bukan Sebab Tak Bertegur Sapa”
ARTIKEL BERKAITAN:“Ingatkan Kembar Hael Husaini”- Netizen Puji Transformasi Ojen Di GMWA 2024
ARTIKEL BERKAITAN:Ojen Terkejut Lihat Cik Epal Menangis Lepas Jumpa Anak - “Bila Bertalu-Talu Dihentam Emosi, Hati Seorang Ibu…”
Terdahulu, tular video merakamkan Ojen dilihat bersemuka dengan wanita terbabit sambil menuntut agar bayaran segera dilunaskan.Dalam perkembangan lain, Ojen memaklumkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu berhubung penipuan terbabit.
Difahamkan, individu itu sudah memulangkan RM69,300 setakat ini.
Must-Watch Video