HIBURAN
Ojen Terkejut Lihat Cik Epal Menangis Lepas Jumpa Anak - “Bila Bertalu-Talu Dihentam Emosi, Hati Seorang Ibu…”
Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah terkejut melihat sahabat baiknya iaitu Cik Epal menangis teresak-esak selepas bertemu dengan anak-anaknya, Han dan Yuki.
Sebak lihat Cik Epal menangis
Ojen berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Ojen terkejut masuk masuk modular je @cikepal06 menangis teresak esak, menitik air mata berkali kali, Ojen tanya kenapa Mun? Kenapa? What happen?Story to me now!
"Dia cerita dia baru balik jumpa Han & Yuki, ‘dia orang okay je Ojen, rindu aku, sayang aku, aku mak dia orang Ojen 2 kali dia sebut’ sambil tunjuk video anak dia.
ARTIKEL BERKAITAN:“Bukan Salah Saya Kalau Anak-Anak Tak Mahu Pulang Ke Rumah Ibu Mereka” - Jofliam Nafi Halang Jumpa Cik Epal
ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Skandal Dengan ‘Ammar’ Ketika Masih Bergelar Isteri, Ini Respons Cik Epal - “Nak Nampak Dia Good Good Acah Suci”
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah
ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Dedah Pernah Buang Ego & Cuba Perbaiki Hubungan - “Cuma Dengan Kes Milan Buat Hati Hancur & Tertutup Untuk duda Aku”
ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Jawab Tuduhan Tinggalkan Anak & Ditegur Jaga Maruah Ketika Dalam Tempoh Edah - “Saya Bukan Menghilang…”
Untuk info, Cik Epal telah mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam selepas 10 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Hasil dari perkahwinan selama 10 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.