Viral

Dituduh Skandal Dengan ‘Ammar’ Ketika Masih Bergelar Isteri, Ini Respons Cik Epal - “Nak Nampak Dia Good Good Acah Suci”

gempak
Asyikin Mayudin
27/12/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Dituduh Skandal Dengan ‘Ammar’ Ketika Masih Bergelar Isteri, Ini Respons Cik Epal - “Nak Nampak Dia Good Good Acah Suci”
Pempengaruh dan usahawan Cik Epal tampil menafikan dakwaan bekas suaminya iaitu Jofliam yang mendakwa dirinya berlaku curang ketika mereka masih suami isteri.

Punca perceraian

Cik Epal menerusi Instastory berkata dia tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan lelaki bernama Ammar dan mempersoalkan tindakan Jofliam yang secara tiba-tiba menjadikan orang lain punca perceraian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebab Beg Tangan, Jofliam Nak Pukul Pembantu Peribadi Cik Epal?

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Cik Epal & Jofliam Semakin Meleret, Netizen Mula Rasa ‘Annoying’ - “Allahu, Malunya Bila Anak Besar Nanti…”

“Aku curang?? Memang lambat lagi la. Kalau dia tuduh aku curang dengan Ammar, dah lunyai dah si @ammarazmn ni dari dulu. Tapi kenapa sekarang baru nak belasah Ammar?

“Punca kita orang bercerai sebelum ni dia cakap sebab kakak dia kan? Now dah tukar punca pula ke? Kenapa asyik letak kesalahan dekat orang? Salah sendiri bila nak nampak? Kalau aku curang, dia dah lama la cakap aku curang.

“Asal tiba-tiba sekarang cakap aku pula curang? Yang sebenarnya dia nak tutup dia punya kecurangan sahaja. Nak nampak dia good good acah suci. Harey bethol,” katanya.

Tindakan berani

Dalam hantaran lain, Cik Epal juga memberitahu Ammar berani bertemu dengan Jofliam disebabkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan namun tidak menyangka akan dibelasah oleh bekas suaminya.
“Kalau betullah Ammar ni skandal aku dulu, memang dah lama lunyai dah si Ammar ni. Korang ingat dia nak diam ke? Sebelum ni tak pernah sebut pon fasal aku curang? Tiba-tiba bila dah jadi ‘ex wife’ baru dia buat cerita aku curang.

“kelakor ek dia ni. Ammar memang berani jumpa dia sebab Ammar tak ada buat salah. Dan Ammar ingat kan dia nak ‘talk’. So dia datang sajalah. Datang-datang saja terus 163cm tumbuk dia.

“La kau pehal? Tapi si Ammar ni memang penyabar orangnya dan masih ada rasa hormat dekat 163cm. Kalau aku dekat tempat Ammar ni, memang aku tak bagi chance la nak debik dia balik. Memang aku tekan dia sampai jadi paku tekan,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas Tu Post Gambar Aib Sebelum & Selepas Renovate Muka, Tak Baik Dik!” - Michael Ang Meluat! Mohon Pasangan Tular Selesaikan Masalah Rumah Tangga Di Mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”

Sebelum ini, Jofliam mendakwa Ammar ada menghubungi Cik Epal secara diam pada waktu malam ketika dia dan wanita itu masih dalam status suami isteri.
Ia berikutan selepas Cik Epal memuat naik video yang mempunyai latar belakang suara Jofliam yang menjerit dipercayai sedang mengejar lelaki bernama Ammar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024